- Lain-lain
China Lancar 1,737 Kereta Api Pelancong Dari Januari hingga November 2024
China Railway telah melancarkan sebanyak 1,737 kereta api pelancong pada sebelas bulan pertama 2024, iaitu peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 17.6 peratus, dengan kereta api pelancong bertemakan panda oleh China Railway Biro Chengdu antara yang menonjol.
Diperkenalkan pada lebih tiga tahun lalu, projek pelancongan kereta api panda yang meliputi tiga kereta api pelancong itu menawarkan pelbagai perkhidmatan buat penumpang.
Sebuah kereta api bernama Lindu yang bermaksud ‘ibu kota hutan’ sedang melalui laluan kereta api di Pergunungan Hinggan Lesser di Provinsi Heilongjiang, timur laut China. (Foto/Li Yu)
Dihiasi dengan imej panda, kereta api panda yang menampilkan bantal panda serta pastri berbentuk panda menjadi elemen paling popular dalam kalangan penumpang.
Sebuah kereta api panda yang dinamakan Chengdu iaitu ibu kota Provinsi Sichuan kelihatan menyerlah dengan teknologi pengasingan bunyi yang maju serta tempat penginapan yang baik termasuk bilik berkembar dan suite keluarga, dengan masing-masing dilengkapi bilik mandi peribadi.
Difahamkan, pelancong boleh menggunakan kereta api untuk ke pelbagai destinasi di 31 kawasan peringkat provinsi termasuk Sichuan dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.
Malah, terdapat juga beberapa kereta api pelancong yang menawarkan perkhidmatan pelancong dibuat khusus. Misalnya, kereta api pelancong Y201 yang tiba di Beijing dari Xinjiang pada 2 Ogos telah memberikan hidangan istimewa yang dikhususkan untuk penumpang warga emas termasuk makanan Xinjiang.
Sebuah kereta api pelancong rentas sempadan, menghubungkan China dan Laos, melalui bandar Warisan Dunia UNESCO Luang Prabang, dan tiba di Vientiane, ibu kota Laos. Kereta api pelancong itu menampilkan pakej pelancongan enam malam tujuh hari.
Di Provinsi Heilongjiang timur laut China, kereta api pelancong bernama Lindu yang bermaksud ‘ibu kota hutan’ telah membolehkan pelancong menikmati pemandangan indah Pergunungan Hinggan Lesser.
Zhang Fusheng, ahli ekonomi kanan China Railway Biro Harbin berkata bahawa kereta api pelancong itu kini mengendalikan 12 perjalanan setiap tahun, dengan setiap satunya berakhir selama sembilan malam dan 10 hari sambil meliputi lebih 5,000 kilometer melalui destinasi seperti Fuyuan, Mohe, Yichun, dan Hulun Buir.
Manakala, China Railway Biro Xi'an di barat laut Provini Shaanxi China pula telah melancarkan kereta api pelancong mengikut faktor bermusim dan ciri tempatan, termasuk untuk lawatan santai dan pelancongan musim sejuk di sekitar Pergunungan Qinling.
- Pasaran Pelancongan Warga China ke Luar Negara Terus Bertumbuh Pada 2024
- Gabungan Kampung di Jinhua Bawa Durian Runtuh Dalam Industri Pelancongan
- Terusan Purba China Pacu Ledakan Ekonomi di Guangxi
- Hari Ketiga Cuti Hari Kebangsaan: Ketibaan Pengembara 280 Juta Orang Lebih
- Peningkatan Pelancong China Kondusif bagi Ekonomi Thailand
- Perbelanjaan Pelancongan Budaya Catat Lonjakan
- 200 Juta Individu Lakukan Perjalanan Rentas Wilayah
- Jumlah Pelancong Asing ke China Lambung 130 Peratus
- Sukan Olimpik 2024 Tarikan Besar Buat Pelancong China
- China Rekod Lebih 400 Juta Perjalanan Penumpang Kereta Api Pada Julai