Laporan Kemajuan Aplikasi dan Kajian Saintifik Stesen Angkasa China Diumum Buat Pertama Kali

(CRI)Isnin 30 Disember 2024

Laporan Kemajuan Aplikasi dan Kajian Saintifik Stesen Angkasa China diumumkan buat pertama kalinya pada hari ini, yang dilihat sebagai satu rumusan yang dibuat secara sistematik terhadap prestasi yang dicapai dalam tempoh dua tahun sebelum ini.

Laporan berkenaan juga dijangka diumumkan secara tahunan berdasarkan perkembangan semasa.

Pejabat Projek Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan (CMSEO) memaklumkan setakat 1 Disember 2024, sebanyak 181 projek sains dan aplikasi sedang dilaksanakan di Stesen Angkasa Lepas China (CSS) manakala hampir 2 tan barang keperluan sains dihantar ke angkasa lepas serta hampir 100 jenis sampel ujian pula telah dibawa pulang ke Bumi. Selain itu lebih 300 TB data saintifik telah diperoleh.

Menurut laporan tersebut, CSS yang berperanan sebagai makmal angkasa lepas negara, akan menerima lebih seribu program penyelidikan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang bagi mendorong pembangunan komprehensif dalam bidang sains, teknologi dan aplikasi angkasa di China.

Video

Berita Berkaitan