Xinjiang Siap Gali Terowong Lebuh Raya Paling Panjang di Dunia
|
Foto dron bertarikh 25 Disember 2024 ini menunjukkan pintu keluar Terowong Tianshan Shenli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Xinhua/Hu Huhu) |
Terowong Tianshan Shengli, terowong lebuh raya paling panjang di dunia, siap digali pada pagi Isnin, menandakan makin hampirnya pembukaan sebuah jalan pintas baharu yang menghubungkan bahagian selatan dan utara wilayah Xinjiang.
Selepas beroperasi, terowong 22.13 kilometer panjang itu akan memendekkan masa perjalanan merentasi seksyen tengah Pergunungan Tianshan daripada beberapa jam kepada kira-kira 20 minit.
Ia dianggap komponen penting projek Lebuh Raya Urumqi-Yuli dari ibu wilayah Xinjiang, Urumqi, ke kaunti Yuli di selatan. Lebuh raya berkenaan dijangka siap sepenuhnya dan dibuka kepada lalu lintas pada 2025. Masa perjalanan antara dua lokasi itu akan dipendekkan daripada tujuh jam kepada hanya tiga jam.
Qadir Abliz, pemandu lori dari Urumqi yang kerap melakukan perjalanan antara utara dengan selatan Pergunungan Tianshan, menyatakan bahawa jalan gunung yang berliku-liku sering beku pada musim sejuk. Banyak lori membawa arang serta hasil pertanian dan ternakan akan terkandas dalam perjalanan.
“Tak perlu lagi risau berlakunya situasi seperti itu selepas terowong dibuka tahun depan,” katanya.
Pembinaan terowong bermula pada April 2020, dan telah menghadapi bermacam-macam cabaran seperti suhu sejuk ekstrem, altitud tinggi, tekanan tanah tinggi, aktiviti seismik kuat, dan keperluan persekitaran yang ketat, menurut Mao Jinbo, seorang jurutera yang terlibat dalam projek tersebut.
Dikenali sebagai “muzium geologi”, Pergunungan Tianshan mempunyai banyak zon berisiko berlaku gegaran, yang 16 daripadanya terletak di laluan terowong. Syaf No. 2 yang dibina untuk pengudaraan terowong, mencapai kedalaman 706 meter – lebih tinggi daripada bangunan paling tinggi di China, Menara Shanghai.
Untuk mengatasi pelbagai cabaran ini, pembina membahagikan projek kepada bahagian-bahagian lebih kecil yang mudah diurus, membolehkan kerja-kerja menggali berjalan pantas. Dengan ini, masa yang diperlukan berjaya dikurangkan lebih 25 peratus daripada jadual asal.
Untuk meminimumkan impak alam sekitar terhadap Glasier No. 1 Tianshan serta habitat harimau bintang salji, kemudahan-kemudahan di tapak direka supaya menyimpan air buangan dan menggunakan sepenuhnya batu kelikir, langkah-langkah yang membantu projek ini mencapai sasaran perlindungan alam utama.
|
Foto dron bertarikh 30 Disember 2024 ini menunjukkan pintu masuk Terowong Tianshan Shenli di kaunti Urumqi, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Xinhua/Wang Fei) |
|
Foto bertarikh 30 Disember 2024 ini menunjukkan satu majlis bagi menandakan selesainya fasa menggali Terowong Tianshan Shenli yang terletak di Lebuh Raya Urumqi-Yuli, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Xinhua/Hu Huhu) |
|
Foto dron bertarikh 25 Disember 2024 ini menunjukkan pintu keluar Terowong Tianshan Shenli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Xinhua/Hu Huhu) |
|
Foto bertarikh 30 Disember 2024 ini menunjukkan satu majlis bagi menandakan selesainya fasa menggali Terowong Tianshan Shenli yang terletak di Lebuh Raya Urumqi-Yuli, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Xinhua/Hu Huhu) |
|
Foto bertarikh 30 Disember 2024 ini menunjukkan satu majlis bagi menandakan selesainya fasa menggali Terowong Tianshan Shenli yang terletak di Lebuh Raya Urumqi-Yuli, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Xinhua/Hu Huhu) |
|
Foto dron bertarikh 30 Disember 2024 ini menunjukkan pintu keluar Terowong Tianshan Shenli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Xinhua/Hu Huhu) |
|
Seorang gembala menggembala biri-biri berdekatan pintu keluar Terowong Tianshan Shenli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China, 30 Disember 2024. (Xinhua/Hu Huhu) |
|
Foto bertarikh 30 Disember 2024 ini menunjukkan bahagian dalam Terowong Tianshan Shenli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Xinhua/Wang Fei)
|
|
Seorang gembala menggembala biri-biri berdekatan tapak pembinaan Lebuh Raya Urumqi-Yuli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China, 30 Disember 2024. (Xinhua/Wang Fei) |
|
Seorang gembala dilihat berdekatan tapak pembinaan Lebuh Raya Urumqi-Yuli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China, 30 Disember 2024. (Xinhua/Wang Fei) |
|
Seorang penghibur dari kaunti Hejing menghadiahkan selendang sutera Hada yang digunakan untuk bertegur sapa dan menyampaikan rasa hormat kepada seorang pekerja binaan di pintu keluar Terowong Tianshan Shenli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China, 30 Disember 2024. (Xinhua/Hu Huhu) |
|
Orang tempatan menonton persembahan sempena selesainya kerja menggali terowong di pintu keluar Terowong Tianshan Shenli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China, 30 Disember 2024. (Xinhua/Wang Fei) |
|
Foto dron bertarikh 30 Disember 2024 ini menunjukkan pintu keluar Terowong Tianshan Shenli dan lebuh raya berhampiran yang sedang dibina di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Xinhua/Wang Fei) |
|
Seorang gembala menggembala biri-biri berdekatan pintu keluar Terowong Tianshan Shenli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China, 30 Disember 2024. (Xinhua/Wang Fei) |
|
Foto dron bertarikh 30 Disember 2024 ini menunjukkan pintu keluar Terowong Tianshan Shenli di kaunti Hejing, kawasan autonomi Mongol Bayingolin, wilayah Xinjiang, barat laut China. (Xinhua/Hu Huhu) |