- Lain-lain
Gurun Terbesar China Kini Dikelilingi Lingkaran Hijau Gurun Terbesar China Kini Dikelilingi Lingkaran Hijau
Foto sudut udara ini memaparkan sebahagian daripada lebuh raya baharu yang melintasi Gurun Taklimakan di Sungai Tarim, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, di barat laut China pada 22 Jun 2022. (Xinhua/Li Xiang) |
Taklimakan, gurun terbesar di yang terletak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China kini secara rasminya telah dikelilingi sepenuhnya oleh lingkaran hijau berkeluasan 3,046 kilometer, sekali gus berfungsi sebagai penghadang pasir.
Lapor agensi berita Xinhua, beberapa spesies tumbuh-tumbuhan termasuk pokok willow merah, sacsaoul, dan bunga poplar gurun telah ditanam di kawasan berpasir di Kaunti Yutian, pinggir selatan gurun itu pada Khamis, menandakan selesainya usaha membuat lingkaran hijau yang terakhir.
Untuk rekod, keluasan gurun Taklimakan tersebut adalah 337,600 kilometer persegi, manakala lilitannya pula adalah 3,046 kilometer, yang menjadikan ia gurun terbesar di China, dan gurun hanyut kedua terbesar di dunia.
Menurut Xinhua, usaha tersebut mengambil masa lebih 40 tahun dengan tahun 2023 menyaksikan oasis yang bertebaran dihubungkan oleh lingkaran hijau sepanjang 2,761 kilometer.
Bagi lingkaran terakhir sepanjang 285 kilometer, ia melintasi bahagian selatan gurun yang menghadapi bencana pasir dan ribut paling dahsyat. Untuk itu, Xinjiang telah mengambil langkah bersasar dan saintifik sejak awal tahun ini.
Pengarah biro padang rumput dan perhutanan Xinjiang, Tuhti Rahman berkata bahawa lingkaran itu berfungsi sebagai penghadang ekologi dan mampu menjamin kestabilan penghasilan pertanian, menambah baik persekitaran kehidupan bandar serta mempromosi pembangunan sosio-ekonomi di Xinjiang.
Beliau turut menyatakan bahawa Xinjiang mempunyai perancangan untuk terus menggabungkan lingkaran hijau tersebut.
Gurun Taklimakan merupakan projek terkawal oleh Program Hutan Lindung Tiga Utara (TSFP) China, iaitu program penghutanan terbesar untuk menyelesaikan isu penggurunan. Dilancarkan pada 1978, TSFP dijadualkan untuk selesai sepenuhnya pada 2050.
Pada Jun 2023, China mencadangkan untuk mengubah TSFP kepada ‘Tembok Besar hijau’ yang paling berfungsi, serta penghadang penyelamat ekologi di utara China. Sejak 1978, China telah memperluaskan kawasan pepenghutanan sehingga 32 juta hektar di bawah TSFP.
Dalam tempoh 46 tahun lalu, kadar liputan hutan di bawah kawasan TSFP telah menaik daripada 5.05 peratus kepada 13.84 peratus. Kemajuan telah dibuat dalam penggurunan dan kawalan hakisan tanah, manakala kira-kira 30 juta hektar tanah ladang telah dilindungi.
- Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
- Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Jalur Penampan Pasir Siap di Pinggir Gurun Taklimakan
- Penanaman Hutan China Tambah Baik Ekologi, Tingkatkan Pendapatan Penduduk
- Gurun Badain Jaran China, Keajaiban Warisan Dunia UNESCO yang Wajib Dilawati
- Xi Mahu Usaha Konsisten Cipta Keajaiban Baharu dalam Bendung Penggurunan
- Cahaya Bintang Unik Terangi Tasik Luobu di Xinjiang
- Pesona Taman Glasier di Xinjiang Pukau Pengunjung
- Lebih 120 Karya Berunsurkan Xinjiang Bersaing Merebut Hadiah Sastera
- Kashgar Giat Majukan Rantaian Industri Kapas
- Ulang Tahun ke-70 XPCC: Delegasi Pusat Tinjau di Bandar Shihezi
- Xinjiang Lancar Perkhidmatan Pengangkutan Rantaian Sejuk Melalui Rel China-Laos
- Lebih 60 Juta Tan Arang Batu Diangkut ke Luar Xinjiang
- Tenaga Elektrik Mencukupi Jamin Pengeluaran Tenusu Dipercepatkan di Urumqi
- China Tetapkan Garis Panduan Terus Rancakkan Pembangunan Kawasan Barat
- Xinjiang Buka Lapangan Terbang ke-27