Artikel Xi Mengenai Modenisasi Ala China Diterbitkan

(CRI)Rabu 01 Januari 2025

Satu artikel Presiden China, Xi Jinping, “Memangkin Agenda Pemerkasaan Negara dan Kebangkitan Nusa dan Bangsa Melalui Modenisasi Ala China” diterbitkan dalam Jurnal "Qiushi" edisi pertama tahun 2025 pada hari ini.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat dalam artikel itu menunjukkan bahawa modenisasi ala China merupakan hasil penting yang dibuahkan daripada penyelidikan dan pengaplikasian rakyat di bawah pimpinan PKC.

Menurut artikel itu, modenisasi ala China boleh berjalan lancar dan mantap berkat kepimpinan PKC yang dipercayai juga boleh membawa penggerak kuat dan menjana momentum perkembangan yang bertubi-tubi.

Ditegaskan dalam artikel itu bahawa modenisasi ala China merupakan jalan yang tepat untuk menuju ke arah pembangunan negara dan kebangkitan nusa dan bangsa, bukan sahaja mempunyai kebersamaan yang wujud dalam kemodenan negara lain, tetapi juga ciri-ciri yang tersendiri yang serasi dengan ekosistem negara.

Artikel itu menekankan bahawa modenisasi ala China telah mencipta model tamadun manusia yang baharu.

Perjuangan berdasarkan semangat gigih adalah diperlukan dalam memacu modenisasi ala China.

Ditekankan lagi dalam artikel itu bahawa sebagai satu misi untuk jangka masa yang panjang, modenisasi ala China memerlukan penyelidikan teori dan penerokaan dalam praktik yang boleh membantu kami meningkatkan keinsafan, menggubal dasar dan mengambil langkah yang serasi dengan realiti objektif.

Video

Berita Berkaitan