Xi Beri Arahan Tentang Kerja Pengajian dan Pembangunan Teori Marxisme

(CRI)Jumaat 29 November 2024

Presiden China Xi Jinping memberi arahan penting tentang kerja pengajian dan pembangunan teori Marxisme pada era baharu.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China berkata, kerja pengajian dan pembangunan teori Marxisme merupakan projek asas dan strategik bagi pembinaan teori dan fikiran Parti.

Beliau mengatakan, dalam tempoh 20 tahun yang lalu, kerja pengajian dan pembangunan teori Marxisme telah mencapai banyak hasil yang bermutu tinggi, sekali gus memainkan peranan signifikan bagi mempopularkan teori inovatif Parti, dan memperkukuh kedudukan panduan Marxisme dalam ideologi di China.

Arahan penting Xi tersebut disampaikan dalam mesyuarat mengenai kerja pengajian dan pembinaan teori Marxisme yang diadakan di Beijing pada Jumaat.

Video

Berita Berkaitan