- Lain-lain
China Terus Dorong "Selatan Global" Menyumbang kepada Kemajuan Manusia
China akan meneruskan amalan multilateralisme yang sebenar, bertegas melindungi kepentingan bersama negara-negara membangun, menjana impak sosial dalam Selatan Global dan mendorong blok itu menyumbang kepada kemajuan manusia.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar pada Selasa sebagai respons terhadap komen berhubung 2024 disifatkan sebagai "Tahun Selatan Global", memandangkan BRICS telah mengadakan sidang kemuncak pertama selepas menerima keanggotaan baharu, dan negara-negara dari Selatan Global termasuk Peru dan Brazil secara berturut-turut menganjurkan mesyuarat pelbagai hala di persada dunia yang melibatkan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC dan Sidang Kemuncak G20.
Mao menyifatkan kebangkitan Selatan Global pada detik bersejarah kini sebagai satu perubahan yang menonjol di arena antarabangsa.
“Tahun lalu telah menyaksikan kerjasama BRICS Raya menunjukkan permulaan yang baik, terbentuknya model baharu "SCO+" , dan Kesatuan Afrika membuat debut dalam Sidang Kemuncak G20.
“Negara-negara Selatan Global berganding bahu untuk mengambil bahagian dalam kerjasama pelbagai hala dengan lebih aktif dan meluas, telah membawa penggerak baharu untuk transformasi globalisasi ekonomi, dan mencetuskan landskap baharu dalam tadbir urus global” kata Mao.
Mao menambah, China selaku anggota penting Selatan Global komited konsisten dalam memperjuangkan matlamat mendorong perpaduan dan pembangunan blok itu. “Presiden China Xi Jinping menyeru kerjasama Selatan Global yang lebih terbuka dan inklusif, dan mengumumkan lapan langkah untuk menyokong kerjasama Selatan Global.
“Beliau mencadangkan negara-negara Selatan Global untuk bekerjasama sebagai kuasa kukuh untuk memelihara keamanan, mengamalkan pembangunan secara terbuka, membina tadbir urus global, dan menyokong usaha rakyat untuk saling mengenali hati dan budi melalui pertukaran tamadun," kata Mao.
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah ke-5 di Chengdu
- Tinjauan CGTN: Hubungan China-Brazil Jangkaui Dua Hala, Untungkan "Selatan Global"
- Naib PM China Seru Usaha Bersama Global, Bina Masa Depan Digital
- Perikatan Kumpulan Pemikir Selatan Global Ditubuh
- "Selatan Global" Diseru Galakkan Bersama Globalisasi yang Inklusif
- Xi Utus Tahniah Forum Media dan Kumpulan Pemikir Selatan Global
- Jana Impak Sosial "Selatan Global" Bina Komuniti Berkongsi Nasib - Xi
- China Beraksi Sokong "Selatan Global" Melalui GDI
- Gagasan China Dapat Sambutan di Persidangan Agung IAEA