- Lain-lain
China Catat 1.8 Juta Perjalanan Keluar Masuk Pada 1 Januari 2025
Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) hari ini mengumumkan bahawa pihak pemeriksaan sempadan seluruh China telah menyaksikan 1.8 juta perjalanan keluar dan masuk pada Rabu, iaitu hari cuti am sempena Tahun Baharu.
Memetik laporan agensi berita China Daily, ia sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 13.7 peratus dari tahun ke tahun.
Menurut NIA, daripada kesemua perjalanan tersebut, sejumlah 869,000 dilakukan oleh penduduk tempatan di Tanah Besar China, iaitu peningkatan 11.1 peratus berbanding tahun terdahulu. Manakala, penduduk dari Hong Kong, Macau dan Taiwan pula direkodkan sebanyak 749,000, iaitu kenaikan tahun ke tahun 12.8 peratus.
Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 185,000 perjalanan pula dilakukan oleh penduduk asing, yang menyaksikan peningkatan 33.6 peratus dari tahun ke tahun.
Difahamkan, agensi pemeriksaan sempadan turut memeriksa 67,000 kenderaan termasuk kapal, kereta api dan automobil, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 14.7 peratus.
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Jumlah Pelancong Rentas Sempadan di Pintu Dongxi Lebihi 2 Juta
- China Kemaskini Dasar Visa Permudahkan Perjalanan Rentas Sempadan
- Ujian Saringan Tidak Lagi Wajib Sebelum Masuk China
- China Pulih Pakej Lawatan Berkumpulan ke 60 Negara
- Urusan Lawatan Berkumpulan ke Luar Negara Terus Pulih
- China Pulih Semula Operasi Pengeluaran Visa
- Aliran Rentas Sempadan China Meningkat Ketara
- BCIA, Hari Pertama Kawalan COVID-19 Dilonggarkan
- Perkhidmatan Tangani Permohonan Pasport Pulih
- Pintu Keluar Masuk China Kembali Sibuk