- Lain-lain
Perutusan Tahun Baharu Pemimpin di Seluruh Dunia
Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahun baharu menerusi pelbagai platform di bawah Kumpulan Media China (CMG) pada malam 31 Disember 2024.
Menjelang tahun 2025, pemimpin di pelbagai negara turut menyampaikan perutusan tahun baharu masing-masing, menyeru agar bersatu-padu dalam menghadapi cabaran selain membentuk masa depan yang aman dan harmoni serta memacu pembangunan.
Di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan perutusannya berkata, sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia akan berusaha mendorong pembangunan serantau menerusi cara yang adil dan saksama. Tegas beliau, situasi antarabangsa yang rumit ketika ini, memerlukan ASEAN untuk mendefinisikan semula peranan dan hala tujunya. Ujarnya Malaysia akan menyatukan kekuatan serantau seiring dengan tema "inklusiviti dan kelestarian" untuk bersama-sama memajukan pembangunan mampan negara-negara serantau.
Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok pula berkata, negara itu sedang menghadapi "situasi serius yang tidak pernah dihadapi sebelum ini", justeru kerajaan akan berusaha sebaik mungkin untuk menstabilkan pentadbiran negara.
Sementara itu Perdana Menteri Jepun, Ishiba Shigeru berkata, negara itu akan melancarkan "Pemulihan Wilayah 2.0" bagi membetulkan masalah penumpuan sumber yang berlebihan di Tokyo, meningkatkan ketersambungan antara tempat-tempat yang menarik dengan bandar-bandar besar dan membentuk Jepun menjadi negara yang mencapai kebahagiaan pelbagai.
Manakala Presiden Rusia, Vladimir Putin pula mengumumkan tahun 2025 akan ditetapkan sebagai "Tahun Pembela Tanah Air" sebagai memperingati Ulang Tahun Ke-80 Kejayaan "Perang Besar Patriotik".
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai