Perutusan Tahun Baharu 2025 Presiden China Xi Jinping

(CRI)Selasa 31 Disember 2024

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahun baharu menerusi pelbagai platform di bawah Kumpulan Media China (CMG) pada malam 31 Disember 2024.

Tuan-tuan, puan-puan dan rakan taulan sekalian,

Masa cepat berlalu dan tahun baharu akan menjelang tiba. Saya di Beijing ingin menyampaikan mogaan baik kepada anda sekalian.

Pada tahun 2024, kita bersama-sama melalui empat musim, menempuh angin dan hujan. Momen-momen yang sukar untuk dilupakan diabadikan di tahun yang luar biasa ini.

Pada tahun ini, kita secara proaktif menangai kesan akibat perubahan situasi dalam dan luar negeri, memperkenalkan siri dasar untuk memacu pembangunan berkualiti tinggi. Ekonomi China kian pulih dan mantap, dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur akan melebihi RMB130 trilion. Jumlah pengeluaran bijirin merekodkan 700 bilion kilogram, sekali gus mencipta rekod baharu. Pembangunan terselaras antara pelbagai wilayah dipergiat, sementara pembangunan pembandaran corak baharu dan pembangunan kawasan luar bandar ditingkatkan. Pada masa sama, pembangunan hijau dan karbon rendah diintensifkan, sekali gus membuka skrol lukisan China yang indah.

Kita berusaha memupuk kuasa produktif kualiti baharu sehingga perindustrian, format dan model baharu terwujud. Jumlah pengeluaran kenderaan tenaga baharu (NEV) buat julung-julung kalinya melebihi 10 juta setahun, manakala sektor litar bersepadu, kecerdasan buatan (AI), dan komunikasi kuantum mencapai hasil baharu. Prob Chang'e-6 berjaya mengambil sampel tanah dari sisi jauh Bulan, kapal Mengxiang berjaya menyelam ke lautan dalam, Laluan Shenzhen-Zhongshan dirasmikan, dan Stesen Qinling China di Kutub Selatan beroperasi. Semua kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan rakyat China dalam menjadikan impian kenyataan.

Pada tahun ini, saya mengadakan tinjauan di beberapat tempat dan melihat penduduk hidup sejahtera. Tuaian epal di Tianshu besar lagi merah, nelayan di kampung Aojiao membawa pulang hasil tangkapan yang lumayan. Groto Maijishan bertahan beribu-ribu tahun dan masih tersergam medah, ritual Liuchixiang diwarisi generasi ke generasi. Jalan kuno di bandar Tianjin dipenuhi pengunjung, penduduk dari pelbagai kaum hidup secara harmoni di komuniti perumahan di Yinchuan.

Saya juga memberikan perhatian tinggi kepada isu pekerjaan, pendapatan, pendidikan dan perubatan yang menjadi tumpuan orang ramai. Pada tahun ini, pencen asas rakyat dinaikkan, kadar faedah pinjaman perumahan diturunkan, penjelasan insurans perubatan rentas wilayah diperluas, dan dasar tukar beli meningkatkan kualiti hidup rakyat. Orang China memperoleh lebih banyak kebahagiaan dan kepuasan.

Pada tahun ini, jaguh Olimpik China beraksi cemerlang di Paris, mencapai prestasi terbaik dalam sejarah, sekali gus memperlihatkan keadaan golongan muda China yang bersemangat dan yakin. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan tentera laut dan tentera udara Tentera Pembebasan Rayat China, dan anggota tentera China menunjukkan semangat dan imej baharu. Ketika menghadapi bencana banjir dan taufan, anggota Parti Komunis China berjuang di barisan hadapan, bersama-sama mengharungi waktu sulit dan tolong-menolong. Setiap individu mencurahkan sehabis baik demi impian masing-masing. Saya telah memberikan anugerah pingat negara dan gelaran kehormat negara kepada para pemenang. Kegemilangan itu bukan sekadar dimiliki para pemenang sahaja, tetapi juga dikongsikan bersama oleh setiap individu yang berikhtiar tanpa mengenal susah payah.

Dunia kini mengalami kekacauan dan pergolakan. China selaku negara besar yang bertanggungjawab, secara aktif mempromosikan reformasi tadbir urus global, dan mempromosikan kerjasama Selatan Global. Kami berusaha mengintensifkan pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berkualiti tinggi, menganjurkan Sidang Kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika dengan jayanya, selain menyuarakan pendirian China dalam sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), BRICS, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), dan Kumpulan 20 bagi menyuntik lebih banyak tenaga positif bagi pemeliharaan keamanan dan kestabilan dunia.

Pada tahun ini, kita menyambut ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China, mengimbas kembali perubahan menakjubkan yang berlaku di republik ini. Dengan mewariskan tamadun lebih 5,000 tahun, nama negara China bukan sahaja diukir pada artifak budaya He Zun, malah juga tersemat dalam hati setiap orang China. Sidang pleno ketiga Kongres Kebangsaan ke-20 Parti diadakan, membunyikan hon bagi usaha memperkasakan pembaharuan dan pintu terbuka secara menyeluruh. Kita mengayunkan langkah dalam jalan pembaharuan dan pintu terbuka, modenisasi ala China pasti akan dapat menciptakan masa depan yang lebih cerah.

Pada tahun 2025, China akan menyelesaikan misi Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-14, melaksanakan polisi yang lebih positif dan efektif, menumpukan kepada pembangunan bermutu tinggi, menggalakkan kemandirian sains dan teknologi bertaraf tinggi, selain mengekalkan trend perkembangan sosioekonomi yang mantap. Ekonomi China menghadapi beberapa masalah buat masa ini, seperti cabaran akibat faktor-faktor luaran yang tidak menentu dan tekanan dari transformasi kuasa penggerak. Namun semua ini boleh diatasi melalui usaha gigih. Negara ini membangun setelah mengharungi kesusahan dan menjadi kuat setelah menangani cabaran. Oleh itu, kita harus tetap penuh yakin akan negara kita.

Antara isu keluarga, negara dan antarabangsa, kesejahteraan rakyat adalah perkara yang paling diutamakan. Setiap keluarga inginkan anak dapat menerima pendidikan lebih bermutu, orang tua dapat menerima perkhidmatan penjagaan lebih baik, dan orang muda dapat memperoleh lebih banyak peluang dalam kerjaya. Semua harapan yang sederhana tersebut adalah aspirasi rakyat terhadap kehidupan yang lebih bahagia. Mari kita berusaha bersama untuk meningkatkan tahap tadbir urusan sosial, membina suasana yang harnomi dan terangkum, merungkai masalah dihadapi rakyat tidak mengira ia perkara kecil atau besar agar membawa lebih banyak limpahan manfaat kepada rakyat.

Sempena meraikan ulang tahun ke-25 pengembalian Macau ke tanah air, saya sekali lagi melawat ke tepi Sungai Hao dan saya teruja melihat perubahan yang menakjubkan di sana. Kita akan dengan tegas mengamalkan prinsip ‘satu negara dua sistem’ untuk memelihara kemakmuran dan kestabilan di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Wilayah Pentadbiran Khas Macau untuk jangka masa panjang. Saudara setanah air dari kedua-dua belah pantai Selat Taiwan mempunyai ikatan persaudaraan yang tidak dapat dipotong oleh mana-mana pihak. Tiada sesiapa pun dapat menghalang penyatuan semula China yang merupakan hala perkembangan zaman.

Tatkala dunia mengalami pergolakan dan perubahan yang tidak pernah berlaku dalam seratus tahun lalu, kita harus mengambil sikap terangkum bagi melampaui perbezaan dan konflik, serta mempunyai minda terbuka demi menyumbang kepada masa depan manusia. China bersedia berusaha bersama-sama pelbagai negara untuk bertindak mempromosikan kerjasama muhibah, mendorong pertukaran tamadun, mengintensifkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesame insan supaya mencipta masa depan manusia yang lebih indah.

Kendatipun jauh impian dari jangkauan, mampu digapai dengan semangat nan waja; kendatipun besar hajat tersimpan, mampu dicapai sepenuh jiwa dan raga. Dalam jalan merealisasikan modenisasi ala China, setiap rakyat adalah watak utama, dan setiap bakti patut dihargai.

Sungai dan gunung bertambah seri dan rumah-rumah diterangi nyalaan lampu pada waktu malam. Marilah kita mempunyai harapan penuh untuk menyambut ketibaan tahun yang baharu. Semoga tanah air kita sejahtera, makmur dan gemilang. Semoga anda diberkati kesejahteraan dan tercapai semua impian.

Video

Berita Berkaitan