Kebijaksanaan China Bantu Perkukuh Kesepaduan Global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 03 Januari 2025

Nota: Artikel yang diterjemah dan disunting oleh People’s Daily Online ini dipetik oleh agen si berita China Daily

Foto Wang Xiaoying/China Daily

Foto Wang Xiaoying/China Daily

Matlamat pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama manusia yang dicetuskan oleh Presiden Xi Jinping pada 2013 kini telah berevolusi daripada sebuah inisiatif kepada sebuah konsensus dan amalan dunia yang semakin dikenali sebagai ‘produk awam’ global yang paling penting, dengan signifikan antarabangsa yang mendalam.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata bahawa visi tersebut menekankan matlamat asal Parti Komunis China, iaitu berusaha ke arah kebahagiaan rakyat China dan kemajuan umat manusia, serta mengintegrasikan diplomasi negara-negara utama dengan ciri-ciri China dalam perjalanan baharu.

Jelas beliau, dengan menyepadukan kepentingan utama dan bersama antara rakyat China dengan masyarakat dunia, ia mampu menepis ketaksamaan dalam fahaman dan sistem sosial, serta menghubungkan perbezaan dalam sejarah, budaya dan taraf pembangunan.

Dalam sedekad lebih yang lalu, Presiden Xi telah memberikan keutamaan kepada misi tersebut di pelbagai platform, dengan menyatakan bahawa komuniti antarabangsa kini semakin bersatu dengan berkongsi masa depan, dan tiada negara yang tidak akan terkesan dengan dunia yang kian berubah dan bergelora.

Setakat hari ini, banyak negara dan wilayah telah berganding bahu dengan China untuk membina komuniti berkongsi nasib dalam pelbagai bentuk.

Pada masa sama, kerjasama pelbagai hala seperti membina komuniti global bagi kesihatan untuk semua; membina komuniiti berkongsi masa depan dalam ruang siber; dan membina kehidupan untuk umat manusia dan alam juga sedang maju secara berterusan.

Misi tersebut juga telah dimasukkan dalam resolusi Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) buat lapan tahun berturut-turut.

Mantan wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun berkata bahawa misi tersebut telah menggalakkan perpaduan dan kerjasama, membantu merapatkan hubungan, membina semula kepercayaan dan mewujudkan asas bersama untuk menangani cabaran global.

Beliau berkata, ia jauh bertentangan dengan fahaman unilateral, bergerak secara sendiri dan amalan eksklusif yang diketengah oleh sesetengah negara dan individu.

Menyentuh mengenai misi yang mewarisi kebijaksanaan tradisi budaya China tradisional yang kaya seperti menghargai keamanan dan keharmonian sejagat serta mengutamakan kebenaran, mantan presiden Institut Pengajian Antarabangsa China, Xu Bu berpendapat bahawa ia akan mendorong kepada kemajuan peradaban manusia.

“Advokasi China terhadap berkongsi nilai kemanusiaan iaitu keamanan, pembangunan, keadilan, demokrasi dan kebebasan adalah berbeza daripada nilai sejagat yang diperjuangkan oleh negara Barat.

“Ia benar-benar mewakili aspirasi masyarakat antarabangsa yang lebih luas, khususnya negara membangun,” tambahnya.

Menurut Pengarah Institut Universiti Fudan China, Zhang Weiwei pula, kini lebih banyak negara menyedari bahawa visi tersebut adalah selaras dengan kepentingan bersama setiap insan, selain mewakili kepercayaan bersama terbesar setiap manusia dari semua negara untuk membina dunia yang lebih baik.

Katanya, China merupakan salah satu negara yang benar-benar berjaya menemukan jalan ke arah kejayaan dan mencapai pembangunan sendiri melalui keamanan berbanding keganasan dan porak-peranda.

Naib presiden Institut Perhubungan Antarabangsa Kontemporari China, Hu Jiping berkata bahawa visi untuk mewujudkan hubungan antarabangsa baharu yang mengetengahkan saling hormat, keadilan dan kerjasama menang-menang adalah kril untuk pembungan dan keamanan global khususnya tatkala kuasa-uasa besar terperangkap dalam konflik.

Tambah beliau, visi tersebut melambangkan tanggungjawab China sebagai kuasa utama, selain turut menyatakan Beijing telah berperanan positif dan membina ketika menjadi pemudah cara dalam dialog keamanan serta merungkai isu antarabangsa.

"Pembangunan China adalah obor harapan untuk umat manusia, dan visi itu bukanlah slogan kosong tetapi jalan nyata ke arah pembangunan," kata Yang Guangbin, dekan Institut Pengajian Antarabangsa di Universiti Renmin China, ketika bercakap tentang Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berfungsi sebagai platform untuk mempraktikkan visi.

"Sebagai contoh, di bawah BRI, syarikat China telah membantu negara-negara di Amerika Selatan dan Afrika membina teknologi komunikasi digital," katanya.

Setakat ini, 155 negara dan lebih 30 organisasi antarabangsa telah menandatangani perjanjian kerjasama BRI dengan China. Statistik menunjukkan bahawa dalam tiga suku pertama 2024, jumlah dagangan di bawah BRI ialah AS$1.57 trilion, meningkat 4.53 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Video

Berita Berkaitan