Pembangunan Diutamakan dalam Pembinaan Keamanan

(CRI)Sabtu 28 Januari 2023

China menegaskan pembangunan perlu diutamakan dalam usaha pembinaan keamanan.

Demikian dinyatakan oleh Wakil Tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun ketika berucap pada sesi terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai pembinaan keamanan pada Khamis.

Zhang berkata, pembangunan merupakan jalan keluar untuk menghadapi cabaran bagi kebanyakan negara. Oleh itu, sumber harus digunakan untuk membasmikan kemiskinan, menjamin kesejahteraan rakyat, membangunkan pendidikan dan kesihatan awam, di samping menyokong pembangunan pengindustrian serta pemodenan pertanian dan infrastruktur.

Sementara itu, Zhang menyeru negara-negara maju agar menunaikan komitmen dalam bantuan dan pembiayaan modal dalam sektor iklim. Pada masa sama, institut kewangan antarabangsa juga perlu melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya untuk menyertai usaha pembinaan keamanan secara lebih mendalam.

Menurut Zhang, usaha pembinaan keamanan perlu mengutamakan rakyat, mementingkan pembinaan keupayaan dan mendorong inklusif serta kesatupaduan. Zhang menegaskan bahawa China akan terus menyokong usaha pembinaan keamanan melalui tindakan pragmatik dan menyumbang kepada kewujudkan keamanan berkekalan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan