- Lain-lain
Kilauan Pesta E-dagang Meriahkan Malam Tahun Baharu di Guangxi
![]() |
Pelan khidmat integrasi Jalan Sutera, yang bertujuan membantu syarikat ASEAN memasuki pasaran China, telah diperkenalkan. (Foto ihsan pihak penganjur) |
Sambutan tahun baharu di bandar Nanning, Guangxi dimeriahkan dengan kilauan pesta e-dagang yang membuka tirai pada malam 31 Disember. Dengan tema “Perdagangan Digital Menjadikan Beli-belah di ASEAN Lebih Mudah dan Baik”, acara menggamit kehadiran hampir seribu tetamu dari China dan ASEAN termasuk wakil sektor awam, pelbagai platform, serta peniaga dan pelajar.
Dianjurkan oleh kerajaan rakyat wilayah autonomi Zhuang Guangxi, Pesta E-dagang Malam Tahun Baharu Jalan Sutera Baharu Guangxi 2025 itu turut menjadi wadah untuk membincangkan kerjasama terbuka sektor e-dagang, interaksi dan saling belajar, di samping membuka ruang baharu untuk perkembangan perdagangan digital yang bertaraf tinggi.
Pada malam tersebut, sebuah filem promosi bertemakan persahabatan China-ASEAN terbitan People’s Daily Online membuat debut peringkat global di tapak acara. Guangxi, wilayah yang telah tampil ke depan sebagai jendela kerjasama terbuka China dengan ASEAN, menjadi model kerjasama serantau menerusi e-dagang Jalan Sutera China-ASEAN.
Untuk membantu syarikat ASEAN memasuki pasaran e-dagang China, satu pelan khidmat integrasi Jalan Sutera telah diperkenalkan.
Ketibaan tahun 2025 turut disambut dengan pembukaan Pasar Barangan Tahun Baharu (Guangxi) China-ASEAN, Festival Barangan Tahun Baharu Atas Talian (Guangxi) China-ASEAN serta Persembahan Malam Tahun Baharu Belia (Guangxi) China-ASEAN yang diadakan pada hari yang sama.
![]() |
Tapak Pasar Barangan Tahun Baharu (Guangxi) China-ASEAN 2025. (Foto ihsan pihak penganjur) |
![]() |
Persembahan Malam Tahun Baharu Belia (Guangxi) China-ASEAN. (Foto ihsan pihak penganjur) |
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Malaysia-China Tingkatkan Kerjasama Ekonomi Digital, E-Dagang Rentas Sempadan
- Aktiviti Kebudayaan Tingkatkan Perpaduan, Pembangunan Bersama Semua Etnik di Guangxi
- Platform Domestik Umum Tindakan Sokongan Kerjasama E-dagang
- Festival Beli-belah Antarabangsa China-ASEAN 2024 Dirasmikan di Guangxi
- Kawasan Barat China Teroka Potensi E-dagang dengan ASEAN
- Produk Vietnam, Guangxi, Xinjiang yang Jadi Pilihan Pengguna
- Perdagangan Buah-buahan Antara China, ASEAN Berkembang Maju
- Import Eksport Kargo China RMB28.58 Trilion Lapan Bulan Pertama 2024
- Import Eksport Guangxi ke ASEAN Naik 26.7%, Cecah RMB185 Bilion
- Data NBS: Dagangan China, Negara BRI Tumbuh 5.5%