Jumlah Kargo Melalui Landasan Kereta Api China-Laos Cecah Lebih 50 Juta Tan

(CRI)Jumaat 03 Januari 2025

Jumlah kargo yang diangkut sepanjang laluan kereta api China-Laos merekodkan lebih 50 juta tan, termasuk 11.58 juta tan kargo rentas sempadan sejak landasan itu memulakan operasi pada 3 Disember 2021.

Sejak pembukaan laluan tersebut, Jabatan Kereta Api China dan Laos telah memperkukuhkan organisasi pengangkutan barang dan meningkatkan kapasiti serta kecekapan pengangkutan.

Difahamkan jabatan kereta api, kastam dan pemeriksaan sempadan kedua-dua negara telah meningkatkan komunikasi dan kerjasama serta menyelesaikan penaiktarafan dan pembinaan pintar di pintu sempadan Mohan.

Sehubungan itu, masa yang diambil bagi pelepasan kastam bagi kargo import dan eksport masing-masing telah dipendekkan lebih 60 peratus dan 90 peratus berbanding sebelumnya, sekaligus mempercepatkan lagi kerjasama perdagangan dan ekonomi serantau.

Video

Berita Berkaitan