- Lain-lain
China Kekal Mantap Laksanakan Perjanjian RCEP Secara Komprehensif
Sebagai ekonomi terbesar dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), China kekal mantap dalam melaksanakan perjanjian RCEP secara komprehensif dan berkualiti tinggi.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media pada Jumaat berhubung prospek perkembangan RCEP yang sudah genap tiga tahun sejak penguatkuasaan pada 1 Januari tahun 2022.
Mao berkata, “Kami (China) akan terus menggalakkan penaiktarafan perdagangan bebas di rantau Asia-Pasifik demi pembangunan dan kemakmuran bersama.
“RCEP merupakan perjanjian perdagangan bebas yang melibatkan populasi paling banyak, skala perdagangan paling besar dan mempunyai potensi perkembangan paling besar di dunia.
“RCEP telah menyuntik momentum kuat dalam integrasi ekonomi di rantau Asia-Pasifik, mewujudkan peluang pasaran yang besar untuk negara anggotanya dan juga mengukuhkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap amalan multilateralisme.
“Menurut satu tinjauan yang dibuat oleh Bank Pembangunan Asia bahawa menjelang tahun 2030, RCEP akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara-negara di rantau ini sebanyak USD245 bilion (RM1.1 trilion) dan mencipta 2.8 juta peluang pekerjaan baharu,” katanya.
- Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
- Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Demi Masa Depan Lebih Baik
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- RSU di Bawah RCEP Beroperasi Secara Rasmi
- Jumlah Dagangan Kemboja dengan Negara RCEP Meningkat Lebih AS$25 Bilion
- Perdagangan Buah-buahan Antara China, ASEAN Berkembang Maju
- ‘Demam’ Durian di China Kini Merebak ke Snek, Teh Susu, Stimbot
- Banyak Perusahaan RCEP Mahu Manfaatkan CICPE Berkembang di China
- Guangxi Mahu Jadi Hab Dagang Antarabangsa
- Peranan China Penting dalam Sistem Dagangan Pelbagai Hala: Pegawai Kemboja
- China Mahu Terus Bersama Pelbagai Pihak Pastikan Penguatkuasaan RCEP yang Menyeluruh dan Berkualiti
- RCEP Rangsang Kerjasama Perdagangan China, Indonesia
- Kuisin Pedas China Makin Popular di Asia Tenggara