Rasuah Ancaman Terbesar Parti - Xi Jinping

(CRI)Selasa 07 Januari 2025

Rasuah merupakan ancaman terbesar bagi Parti Komunis China (PKC), justeru perjuangan menentang rasuah merupakan bentuk revolusi diri yang paling menyeluruh, meskipun ia masih menghadapi "cabaran serius dan kompleks" pada masa ini.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada sidang pleno keempat Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-20 PKC, pada Isnin.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menegaskan, dalam era baharu ini, Parti perlu diurus dan ditadbir dengan semangat reformasi dan piawaian yang ketat bagi menjamin pencapaian lebih cemerlang, selain memastikan pelaksanaan susun atur yang baik bagi Kongres Kebangsaan ke-20 dan Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC.

Beliau juga menyeru Parti untuk kekal sebagai teras kepimpinan dalam perjuangan sosialisme serta mempromosikan pembangunan yang stabil dan jangka panjang bagi menggalakkan modenisasi ala China.

Video

Berita Berkaitan