Selayang Pandang Kanvas Pokok Sipres yang Menakjubkan di Wuhan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 07 Januari 2025
Selayang Pandang Kanvas Pokok Sipres yang Menakjubkan di Wuhan
Foto ini memaparkan keindahan pemandangan musim sejuk hutan pokok sipres di rizab alam semula jadi tersebut. (People’s Daily Online/Wang Guoji)

Mutakhir ini, ketibaan musim sejuk menyaksikan hutan pokok sipres di Rizab Alam Semula Jadi Tanah Paya Tasik Zhangdu yang terletak di daerah Xinzhou, bandar Wuhan, ibu kota Provinsi Hebei di tengah China bertukar menjadi satu pemandangan yang segar dan menakjubkan.

Berkeluasan sehingga 33.33 hektar (atau bersamaan dengan 47 padang bola sepak bersaiz standard), warna pokok sipres kini beransur-ansur menjadi jingga kemerah-merahan, sekali gus mewujudkan suasana yang salin tak tumpah seperti sebuah karya agung.

Difahamkan, rizab alam semula jadi itu mempunyai lebih daripada 10,000 pokok sipres yang bertumbuh di atas paya, serta lebih daripada 14,000 batang di atas tanah.

Rizab tersebut juga terkenal dengan ekosistem taman paya yang pelbagai dengan menggabungkan elemen-elemen seperti sungai, tasik dan taman paya buatan, secara tidak langsung menjadikan ia habitat yang sesuai untuk burung.

Untuk rekod, rizab alam semula jadi itu menjadi persinggahan buat ribuan burung hijrah yang datang untuk menghabiskan musim sejuk di situ.

Biro Alam Sekitar dan Ekologi Perbandaran Wuhan memberi petunjuk bahawa Keluaran Ekosistem Kasar (GEP) Taman Paya Tasik Zhangdu dijangka mencecah RMB2.3 bilion, dengan setiap kilometer persegi GEP bernilai sekitar RMB30 juta.

Daerah Xizhou pada kebelakangan ini turut memberi penekanan terhadap perlindungan dan pemulihan alam sekitar ekologi rizab alam semula jadi itu.

Dengan mengambil langkah-langkah drastik seperti memulangkan kawasan akuakultur kepada taman paya, penambahan air dan perikanan, serta pengurusan lembangan saliran yang komprehensif, taman paya tersebut berjaya menyaksikan penambahbaikan persekitaran ekologi.

Foto ini memaparkan keindahan pemandangan musim sejuk hutan pokok sipres di rizab alam semula jadi tersebut. (People’s Daily Online/Wang Guoji)
Foto ini memaparkan keindahan pemandangan musim sejuk hutan pokok sipres di rizab alam semula jadi tersebut. (People’s Daily Online/Wang Guoji)
Foto ini memaparkan keindahan pemandangan musim sejuk hutan pokok sipres di rizab alam semula jadi tersebut. (People’s Daily Online/Wang Guoji)
Foto ini memaparkan keindahan pemandangan musim sejuk hutan pokok sipres di rizab alam semula jadi tersebut. (People’s Daily Online/Wang Guoji)
Foto ini memaparkan keindahan pemandangan musim sejuk hutan pokok sipres di rizab alam semula jadi tersebut. (People’s Daily Online/Wang Guoji)

Video

Berita Berkaitan