Gempa Xizang: Berlumba dengan Masa Dirikan Khemah untuk Penduduk Terjejas

(CRI)Rabu 08 Januari 2025

Selain bertungkus lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pasukan polis bersenjata yang bertugas di Xigaze berlumba dengan masa mendirikan khemah tebal untuk menempatkan semula penduduk yang terjejas serta memastikan keselamatan dan kehangatan mereka pada musim sejuk.

Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda kaunti Dingri di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, pagi Selasa.

Pasukan polis bersenjata turut mengambil tindakan pantas dan bergegas ke kawasan yang terjejas teruk.

Biarpun tiupan angin menusuk tulang dan suhu berada di bawah paras beku kala malam, anggota pasukan berkenaan mendirikan khemah tebal semalaman di tapak penempatan semula di Dingri.

Setakat jam 3 pagi Rabu, mereka menyiapkan sebanyak 580 khemah untuk penduduk tempatan yang terjejas.

Video

Berita Berkaitan