- Lain-lain
China Duduki Ranking Pertama Dalam Jumlah Pelabuhan Pintar Global
Foto memperlihatkan terminal kontena automatik di Pelabuhan Qinzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (Xinhua/Zhang Ailin)
Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa China telah membina 52 terminal kontena automatik dan terminal pukal kering, dengan jumlah terminal automatik yang telah dan sedang dibina menduduki ranking pertama di dunia.
Kementerian Pengangkutan China dalam satu kenyataan mengenai terminal automatik menyatakan bahawa China telah mempercepat pembinaan pelabuhan pintar pada tahun-tahun mutakhir ini, serta mengembang dan memperluas skala penggunaan teknologi pintar.
Menurut Xinhua, pelabuhan China kini menjadi pendahulu di dunia dalam taraf dan penggunaan teknologi automatik, selain telah menghasilkan standard teknikal untuk terminal kontena automatik serta terminal arang dan bijih timah automatik, yang sekali gus mendorong kepada pembangunan pelabuhan pintar.
Foto memperlihatkan kren sedang mengangkut kontena ke dalam kapal kontena di sebuah terminal automatik di Pelabuhan Qingdao, Provinsi Shandong, di timur China. (foto/Han Jiajun)
Sementera itu, Kementerian Pengangkutan turut memaklumkan bahawa negara Tembok Besar itu akan menambah baik reka bentuk dan sistem standard untuk pelabuhan pintar bertaraf tinggi, membangunkan sistem penilaian untuk pelabuhan pintar, mempromosi transformasi pintar terminal tradisional dan terus menjadikan perkhidmatan pelabuhan lebih pintar.
Untuk rekod, pada 11 bulan pertama 2024, pelabuhan di China telah mengendalikan 16.04 bilion tan kargo, iaitu meningkat sekitar 3.4 peratus dari tahun ke tahun, selain memproseskan kontena sebanyak 300 juta unit bersamaan 20 kaki, menyaksikan lonjakan 7.3 peratus berbanding tahun terdahulu.
- Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
- Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Demi Masa Depan Lebih Baik
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Pengendalian Kontena Pelabuhan Shanghai Lebih 50 Juta TEU
- Terminal Automatik Pelabuhan Qingdao Pecah Rekod Dunia Kali Ke-11
- Sorotan Perkembangan Pelabuhan Yantian Shenzhen
- Nilai Tambah Ekonomi Pelabuhan China 2023 Catat RMB6.2 Trilion
- Shanghai Kekal Status Bandar Pelabuhan Dagang Terbesar Dunia
- Pelabuhan China Suntik Tenaga kepada Pembangunan Ekonomi