- Lain-lain
Diplomat Laos: E-Dagang Rentas Sempadan Permudah Pertukaran Laos-China
Konsul Jeneral Laos di Nanning, Vongpano Sipaseuth ketika menerima wawancara People’s Daily Online. (Foto Tan Jiangbo)
Konsul Jeneral Laos di Nanning, Vongpano Sipaseuth menzahirkan pujian terhadap perkongsian komersial China-Laos, sambil turut berkongsikan pandangan beliau mengenai masa depan pembangunan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara khususnya dalam bidang e-dagang rentas sempadan dalam satu wawancara eksklusif bersama People’s Daily Online baru-baru ini.
Menurut beliau, China dan Laos telah menjalinkan hubungan yang harmoni dan menikmati pertukaran beersama sejak zaman purba, sekali gus memupuk ikatan yang kukuh, khususnya dalam bidang pertukaran ekonomi dan perdagangan sejak beberapa tahun mutakhir ini.
Sipaseuth menyatakan bahawa dengan panduan dasar-dasar dua hala, kedua-dua negara juga telah memperkukuh kerjasama pelaburan dan perdagangan menerusi pembinaan Jalur Ekonomi Laluan Sutera, yang secara berterusan mempermudah urusan rakyat dan barangan untuk memasuki pasaran satu sama lain.
Jelas beliau, kemajuan juga jelas terpapar dalam bidang perdagangan digital yang menyaksikan kedua-dua negara telah mewujudkan sistem pembayaran secara dalam talian.
Dengan jumlah pelabuhan-pelabuhan darat di sempadan yang menghubungkan negara-negara Asia Tenggara, Guangxi menjadi hab utama bagi mempromosi import dan eksport barangan antara China dan ASEAN.
“Pada masa depan, saya berharap kedua-dua negara dapat memperkuat kerjasama dalam bidang teknologi e-dagang dan menghasilkan suasana yang lebih positif, serta mempromosi pembangunan e-dagang rentas sempadan yang pesat dengan teknologi termaju,” ujar Sipaseuth.
- Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
- Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Demi Masa Depan Lebih Baik
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Laluan Penerbangan Terus antara Ibu Negara China, Laos Mula Beroperasi
- 'Peace Train' PLA Tiba di Vientiane
- Jumlah Terminal IoT China Dijangka Lebihi 3 Bilion
- Rel China-Laos Kendali 60,000 Perjalanan
- Xi Bertemu Presiden Laos
- Tiba Masa Manfaatkan Momentum Kerjasama E-dagang
- China, Laos Eratkan Kerjasama Pembangunan di Kawasan Sepanjang Jalan Kereta Api
- Usahawan Bimbing Lebih 100 Petani untuk Penstriman Langsung E-dagang
- Syarikat E-niaga Rentas Sempadan Cecah 120,000 di China
- China Bantu Laos Siapkan Platform E-dagang Luar Bandar