Laluan Penerbangan Terus antara Ibu Negara China, Laos Mula Beroperasi

(CRI)Rabu 11 Disember 2024

KN895, penerbangan terus pertama antara ibu negara China dan Laos, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing di bandar Beijing menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di bandar Vientiane, Laos pada Selasa.

Ketua Pengarah Biro Penerbangan Awam Laos menyatakan bahawa pengoperasian penerbangan terus itu merupakan satu langkah penting bagi menyahut Inisiatif Jalur dan Laluan dan memudahkan mobiliti keanggotaan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang pelancongan dan perdagangan.

Laluan penerbangan kendalian CHINA UNITED tersebut, dilengkapi perkhimatan penerbangan pergi balik antara Daxing Beijing dengan Vientiane pada Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Video

Berita Berkaitan