Pertunjukan Lantera Mawei-Matsu Terpanjang Buka Tirai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 09 Januari 2025

Reka bentuk lantera disuaikan dengan hikayat Zheng He. (Foto ihsan Lin Tianhong)

Reka bentuk lantera disuaikan dengan hikayat Zheng He. (Foto ihsan Lin Tianhong)

Festival Lantera Mawei-Matsu, warisan budaya tidak ketara pertama peringkat kebangsaan yang menghubungkan kedua-dua belah Selat Taiwan, secara rasminya membuka tirai di Fuzhou, Provinsi Fujian, hari ini.

Menampilkan pelbagai bentuk lantera dari tanah besar dan Taiwan, acara tahunan itu dilihat menjadi wadah bagi penduduk di sepanjang Selat untuk meraikan Festival Musim Bunga atau Tahun Baru Cina secara bersama.

Memetik laporan agensi berita Global Times, festival lantera edisi ke-23 itu ditambah baik secara besar-besaran, dan akan berlanjutan selama 53 hari, sekali gus menjadikan ia edisi yang terpanjang.

Dibahagikan kepada enam seksyen, pameran tersebut akan menampilkan lebih daripada 130 lantera bersaiz besar dan sederhana, dengan memfokuskan budaya limbungan kapal dan maritim Fujian, budaya rakyat tempatan dan pertukaran kebudayaan atnara Fujian dan pulau Taiwan.

Ketua perancang festival tersebut, Lin Tianhong ketika diwawancara Global Times berkata daerah Mawei dan Matsu di Taiwan telah bertukar-tukar lantera sebagai tradisi dan pertunjukan seni bericirikan tempatan bagi menambah baik suasana yang penuh gemilang.

Lantera dewi Mazu. (Foto ihsan Lin Tianhong)

Lantera dewi Mazu. (Foto ihsan Lin Tianhong)

Menurut beliau, satu set lantera yang dinamakan “Kereta Api Laju yang Menghubungkan Kedua-dua Seksyen” berbentuk ular, iaitu simbol kepada hubungan rapat kedua-dua bandar itu akan membuat penampilan disamping lantera Mazu, iaitu dewi laut Cina.

Bagi menjadikan suasana lebih gah dengan kehadiran lantera, sebuah taman di daerah Mawei telah diubah menjadi satu pentas yang berkeluasan sehingga 40,000 meter persegi, dengan keunikan yang ditawarkan adalah lantera besar di permukaan air.

Untuk rekod, Festival Lantera Mawei-Matsu juga telah membuat permohonan untuk disenaraikan dalam warisan budaya tidak ketara UNESCO, bersama-sama dengan amalan sosial masyarakat China yang lain dalam meraikan sambutan tahun baru tradisional itu.

Video

Berita Berkaitan