Tanglung Ikan Terangi Pergunungan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 11 September 2024
Tanglung Ikan Terangi Pergunungan
Wang Chunyan membuat rangka tanglung ikan. Foto oleh Zhang Jun, wartawan People's Daily Online

Terletak di bandar Huangshan di provinsi Anhui, kampung Wangmantian dikelilingi banjaran gunung beralun-alun. Di sekitar kampung, kelihatan ikan kerapu air tawar berenang-renang di sungai. Ikan inilah yang menjadi inspirasi bagi rekaan tanglung ikan buatan Wang Chunyan, seorang wanita tempatan yang berusia 30 tahun.

Tanglung ikan Wangmantian mempunyai sejarah melebihi enam abad. Setiap tahun, pada hari ke-13 hingga ke-16 bulan qamari pertama, penduduk kampung Wangmantian membuat tanglung berbentuk ikan. Begitulah adat yang menjadi amalan mereka selama lebih seratus tahun.

Seawal usia 10 tahun lagi, Wang Chunyan sudah belajar membuat tanglung ikan. Sejak itu, Wang tidak henti-henti menghalusi teknik membuat tanglung ikan yang diwarisinya hinggakan pada tahun 2023, dia dipilih sebagai pewaris warisan budaya tidak ketara tanglung ikan Wangmantian.

Kini, Wang telah mengambil lebih 20 orang perantis. Bukan itu sahaja, dia juga telah mengasaskan sebuah muzium tanglung ikan, di samping menjalankan penyelidikan mengenai budaya tanglung ikan dan memastikan kemahiran membuat tanglung ikan terus diwarisi.

Pada pandangannya, tanglung ikan buatan tangan mencerminkan kebijaksanaan dan ketekunan penduduk kampung Wangmantian dari segala segi. Ujar Wang Chunyan, tanglung ikan juga membolehkannya benar-benar menghargai peranan warisan budaya itu dalam menyatupadukan penduduk dan menggalakkan keharmonian di kampung.

Video

Berita Berkaitan