- Lain-lain
Saling Untung Inti Pati Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan: MFA
Langkah syarikat asing terus meningkatkan pelaburan di China mencerminkan saling untung dan sama menang menjadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara lain, kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun.
Kebelakangan ini, banyak syarikat asing mengumumkan rancangan mereka untuk menambah lagi pelaburan di negara Tembok Besar.
Antaranya, pengeluar auto Jepun merancang membina kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di China dan sebuah syarikat farmaseutikal Perancis akan menubuhkan pangkalan pengeluaran baharu di China.
Guo berkata terdapat lebih 50,000 syarikat asing ditubuhkan di China dalam tempoh Januari hingga November 2024, meningkat sebanyak 8.9 peratus tahun ke tahun.
Sepanjang lima tahun lalu, kadar pulangan pelaburan langsung asing (FDI) di China dicatat sekitar 9 peratus, menduduki tempat teratas di dunia.
Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi yang mapan serta keterbukaan bertaraf tinggi yang terus diperluas merupakan sumber keyakinan terbesar bagi pelabur asing untuk meningkatkan pelaburan di China.
Sejak 2024, China mengurangkan langkah sekatan senarai negatif bagi akses pelaburan asing kepada 29 dan menghapuskan semua sekatan akses pelaburan asing dalam sektor pembuatan.
Pada masa sama, layanan nasional dilaksanakan sepenuhnya terhadap syarikat asing serta persekitaran perniagaan terus dioptimumkan.
Guo menambah semua negara dialu-alukan merebut peluang daripada pasaran China dan berkongsi hasil pembangunannya sehingga mewujudkan situasi sama menang.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- China Bantah Keras Akta Kebenaran Pertahanan AS
- China Tegas Bela Hak dan Kepentingan Syarikatnya
- Dakwaan "De-risiko" Barulah Risiko Sebenar dalam Rantaian Pembekalan Global
- China Umum Tindakan Balas terhadap Kompleks Perindustrian Ketenteraan AS
- China Failkan Pertuduhan Berhubung Keputusan EU tentang Tarif Import BEV
- 'Kumpulan Kecil' Bantut Kemajuan Teknologi : Wakil China
- China, EU Tidak Noktahkan Rundingan tentang Kes Anti Subsidi BEV
- China Zahir Kebimbangan terdahap Dasar Sekatan AS
- China Failkan Rayuan Berhubung Surcaj Kanada Terhadap Import EV
- Keputusan Siasatan EU ke atas Import BEV China Ditolak