China Umum Tindakan Balas terhadap Kompleks Perindustrian Ketenteraan AS

(CRI)Jumaat 06 Disember 2024

Kerajaan China memutuskan untuk mengambil tindakan balas terhadap kompleks perindustrian ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan eksekutif kanan berkaitan mengikut Undang-undang Antisekatan Asing China.

Keputusan itu diumumkan menerusi jurucakap Kementerian Luar Lin Jian pada taklimat media di Beijing pada Khamis.

Menurutnya, pada hari yang sama, portal Kementerian Luar telah menyiarkan keputusan membabitkan 13 perusahaan AS dan 6 eksekutif kanan berkaitan.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Lin menekankan bahawa isu Taiwan merupakan teras kepada kepentingan teras China.

Beliau berkata, pada mutakhir ini, AS berulang kali mengumumkan pakej penjualan senjata kepada wilayah Taiwan China, dan ia melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.

Perbuatan seumpama telah mencampuri urusan dalaman China, dan secara serius menceroboh kedaulatan dan keutuhan wilayah China, tegas jurucakap itu.

Video

Berita Berkaitan