- Lain-lain
“2025 Beijing Lantern Night”: Acara Budaya Mempesonakan di Taman Sungai Wenyu
![]() |
Ribuan tanglung berwarna-warni dengan elemen tradisional dan teknologi moden menyinari Taman Sungai Wenyu, Daerah Chaoyang, Beijing sempena "2025 Beijing Lantern Night".
Bermula sejak 28 Disember lalu, acara ini diteruskan hingga Mac 2025, bagi memeriahkan perayaan Tahun Baharu, Tahun Baharu China, dan Festival Tanglung.
Terdapat empat tema utama dan lapan zon tarikan meliputi lebih 600 ekar kawasan taman dengan lebih seribu set lampu tanglung dari Zigong, dikenali sebagai 'kota tanglung' di China.
Dengan tema seperti Menemui Alam Fantasi, Menghargai Keindahan China, Bertemu Kemegahan, dan Menyambut Masa Depan, pelawat boleh menikmati pemandangan lampu yang luar biasa dan pelbagai reka bentuk, daripada cerucuk Istana Diraja yang klasik hingga reka bentuk futuristik yang moden.
Acara ini juga menawarkan peluang interaksi menarik dengan kawasan pencahayaan canggih serta permainan dan aktiviti yang mesra keluarga.
Selain Festival Tanglung, Festival Salji dan Ais Wenyu tahunan juga telah bermula, menambahkan lagi keseronokan musim sejuk.
Kawasan taman salji seluas 20,000 meter persegi dan permukaan ais besar seluas 80,000 meter persegi telah disediakan untuk pengunjung.
Pada waktu siang, pelawat boleh menikmati keseronokan bermain salji, manakala waktu malam menawarkan keindahan lampu yang mempesonakan.
Acara ini mencerminkan usaha Daerah Chaoyang mencipta "Empat Musim Wenyu", menawarkan tarikan sepanjang tahun yang berwarna-warni kepada penduduk dan pelawat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- China Lancar Setem Istimewa Sempena Tahun Ular
- Warga Beijing Teruja Rasai Suasana Awal TBC
- Pesta Tanglung Taman Yuyuan Bakal Terangi Shanghai Pada 1 Jan 2025
- PBOC Bakal Lancar Syiling dan Wang Kertas Kenang-kenangan, Rai TBC
- Tahun Baru Cina Kini Dalam Senarai Warisan Tidak Ketara UNESCO
- Festival Tanglung yang Terbesar Bakal Warnai Beijing
- Harungi “Jiuqu” untuk Selamat, Sihat pada Tahun Baharu
- Orang Ramai Rayakan Pesta Tanglung dengan Tarian Naga
- Xi, Isteri Sampai Salam kepada Guru dan Pelajar AS Sempena TBC
- Bunga Segar Laris Sempena TBC