Harungi “Jiuqu” untuk Selamat, Sihat pada Tahun Baharu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 26 Februari 2024
Harungi “Jiuqu” untuk Selamat, Sihat pada Tahun Baharu
Foto ini menunjukkan “Jiuqu” yang dibina di pekan Mizhi di bandar Yulin, provinsi Shaanxi. (China News Service/Chen Ming)

“Zhuan Jiuqu” atau juga dikenali sebagai “Zhuan Deng”, ialah istiadat tahunan yang popular di utara Shaanxi. Diadakan dari hari ke-14 hingga ke-16 bulan qamari pertama, orang melangkah masuk dan mengharungi labirin “Jiuqu” yang tanpa laluan berulang, umpama satu bandar mini, lazimnya untuk menolak bala dan menarik rezeki pada tahun baharu.

Apabila malam tiba, pekan Mizhi di bandar Yulin, provinsi Shaanxi membina labirin “Jiuqu”. Penduduk tempatan dan pelancong melangkah ke dalam dengan bimbingan pasukan suona (alat muzik tradisional China) untuk merayakan Pesta Tanglung dan membuat mogaan menghalau penyakit pada tahun baharu.

Video

Berita Berkaitan