Rondaan CCG di Laut China Selatan adalah Sah: MFA

(CRI)Selasa 14 Januari 2025

Rondaan dan penguatkuasaan undang-undang oleh Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan adalah sah, wajar dan tidak boleh dipertikaikan.

Pendirian tegas itu disuarakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Isnin, susulan Filipina membuat bantahan diplomatik terhadap kehadiran dan aktiviti berterusan kapal CCG di 'zon ekonomi eksklusif' Manila di Laut China Selatan.

Guo berkata kedaulatan dan hak China di Laut China Selatan bersandarkan sejarah dan undang-undang serta selaras dengan amalan antarabangsa.

Justeru Filipina digesa supaya menghentikan tuduhan yang berniat jahat ke atas China.

Video

Berita Berkaitan