Tinjauan: Hampir 80 Peratus Responden Asing Yakin Masa Depan Pembangunan China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 14 Januari 2025

Nota: Artikel yang diterjemah dan disunting oleh People’s Daily Online ini dipetik oleh agensi berita Global Times

Perhatian yang diberikan buat China kini semakin luas, mendalam dan lebih fokus berbanding pada masa dulu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perspektif dunia terhadap perubahan, pembangunan dan imej China, agensi berita Global Times telah membuat tinjauan global dengan sampel terbesar – 51,332 responden dari 46 negara sejak negara Tembok Besar itu ditubuhkan.

Tentang tinjauan

Dilaksanakan oleh Institut Global Times, sampel tinjauan ini meliputi 14 negara maju dan 32 negara membangun, mewakili setiap kontinen serta semua negara G20, BRICS dan ASEAN, kecuali China.

Kaedah kajian dilaksanakan mengikut kesesuaian setiap negara, dengan tiga kaedah disediakan iaitu temu bual secara bersemuka (CAPI/PAPI), temu bual secara telefon dengan bantuan komputer, dan tinjauan dalam talian secara besar-besaran.

Tinjauan yang dijalankan dari Ogos hingga November 2024 itu memfokuskan orang awam yang berumur 18 hingga 70 tahun sebagai subjek.

Mengikut hasil tinjauan, kekuatan kebangsaan komprehensif China dan beberapa kekuatan lain secara amnya dinilai sebagai ‘kuat/tinggi’ oleh responden antarabangsa. Kekuatan ekonomi negara mendapat rating yang dinilai tertinggi iaitu sebanyak 77 peratus, disusuli dengan kekuatan sains dan teknologi serta kekuatan kewangan, yang masing-masing dinilai sebanyak 75 dan 72 peratus.

Lebih daripada 70 peratus responden dari negara-negara Afrika, BRICS, Timur Tengah dan negara-negara membangun percaya bahawa kekuatan kebangsaan China tinggi secara keseluruhannya – dengan perkadaran melebihi 60 peratus dalam negara-negara ASEAN dan Eropah, serta lebih daripada separuh dalam negara-negara maju.

Tinjauan juga mendapati bahawa majoriti responden asing mempunyai pandangan positif terhadap masa depan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi China, dengan hampir 80 peratus mempamerkan kepercayaan buat pembangunan China.

Manakala, lebih daripada 90 peratus responden asing menzahirkan kepercayaan bahawa ekonomi China akan terus bertumbuh pada dekad yang seterusnya, dan hampir 60 peratus yakin bahawa China adalah pendorong utama terhadap pertumbuhan ekonomi dunia.

(Grafik/Global Times)

(Grafik/Global Times)

60 peratus responden asing turut bersetuju bahawa usaha China yang berterusan terhadap pembaharuan dan pembukaan yang lebih mendalam berada pada ‘landasan yang tepat’. Sekitar dua pertiga responden percaya bahawa masa depan ekonomi China adalah cerah dan mempunyai potensi yang hebat, sementara 50 peratus penduduk negara maju bersependapat dengan pandangan tersebut.

(Grafik/Global Times)

(Grafik/Global Times)

Tanggapan positif yang tinggi terhadap China

(Grafik/Global Times)

(Grafik/Global Times)

Hasil tinjauan menunjukkan bahawa lebih daripada 90 peratus responden asing mempunyai minat terhadap China dan 40 peratus mempunyai minat yang tinggi terhadap China, termasuk 14 peratus yang ‘sangat-sangat berminat’ dan 26 peratus lagi ‘sangat berminat’.

(Grafik/Global Times)

(Grafik/Global Times)

95 peratus responden di negara-negara membangun mempamerkan minat yang lebih tinggi terhadap China berbanding dengan responden di negara maju iaitu 86 peratus. Dari sudut kumpulan negara yang berbeza, negara-negara Afrika mempunyai minat yang paling tinggi terhadap China iaitu sebanyak 84 peratus. Angka tersebut adalah lebih daripada 70 peratus di Amerika Latin, BRICS dan negara-negara membangun, dengan hampir 70 peratus di negara ASEAN dan lebih daripada 60 peratus di negara Timur Tengah.

Bagi penilaian keseluruhan tentang China dan rakyatnya, hampir 60 peratus responden asing mempunyai tanggapan baik dan lebih daripada 30 peratus berpendirian neutral. Manakala dalam sains dan teknologi China serta pembangunan ekonomi China masing-masing menerima tanggapan baik oleh responden sebanyak 74 peratus dan 72 peratus.

Pada masa sama, lebih daripada 60 peratus responden mempunyai tanggapan baik terhadap budaya China, dan 55 peratus responden asing mempunyai tanggapan positif terdapat rakyat China, sementara 36 peratus pendirian neutral. Lebih daripada 70 peratus responden asing juga mempunyai tanggapan baik terhadap semangat inovatif dan kerja keras rakyat China.

Lebih menarik, tinjauan turut menyenaraikan 10 perkara yang mewakili China. Daripada kesemuanya, populariti Tembok Besar disukai sebanyak 67 peratus, diikuti dengan kereta api laju, panda dan telefon pintar masing-masing sebanyak 65 peratus, 63 peratus dan 61 peratus. Lebih daripada 50 peratus responden asing juga menyukai transit bebas visa, kenderaan elektrik dan beli-belah dalam talian.

Perbandingan data tersebut mencerminkan responden di negara maju lebih memilih simbol China tradisional seperti Tembok Besar, panda, dan makanan Cina, manakala responden di negara Timur Tengah, BRICS dan Afrika lebih cenderung kepada kereta api laju, telefon pintar, beli belah dalam talian, kenderaan elektrik dan perkara-perkara baharu yang lain di China.

Harapan agar China terlibat lebih banyak dalam hal ehwal antarabangsa dan membuat lebih banyak sumbangan

Hampir 70 peratus responden antarabangsa ingin melihat agar China lebih terlibat dalam hal ehwal antarabangsa dan memainkan peranan yang lebih besar. 88 peratus responden menyokong China untuk memainkan peranan secara lebih aktif di dalam organisasi, mekanisme dan platform antarabangsa yang berkaitan.

Responden antarabangsa turut mengiktiraf konsep ‘membina komuniti berkongsi masa depan sesama manusia’, dengan mendapat sokongan sebanyak 66 peratus, sementara tiga lagi inisiatif global lain iaitu Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global serta Inisiatif Jalur dan Laluan mendapat pengiktirafan sebanyak sekitar 70 peratus.

Kebangkitan negara-negara Selatan Global memberikan impak signifikan kepada perubahan dan pembangunan dunia. Menurut tinjauan, majoriti responden bersetuju bahawa China merupakan anggota Selatan Global, dengan hanya 4 peratus yang berpendapat sebaliknya.

(Grafik/Global Times)

(Grafik/Global Times)

Menyentuh mengenai hubungan dengan negara-negara membangun yang lain, data tinjauan mempamerkan bahawa lebih banyak responden bersetuju bahawa China adalah rakan kepada negara-negara membangun serta membantu mereka mempromosi pemodenan dan perindustrian, menerokai peluang pembangunan dan menambah baik infrastruktur ekonomi berbanding mengamalkan ‘Neo-kolonisme’, ‘jerat hutang’, serta ‘merampas hasil’ seperti yang dicerminkan oleh sesetengah media Barat.

Berhubung dengan permintaan agar China berperanan lebih banyak dalam hal ehwal antarabangsa, 60 peratus responden asing berharap agar China lebih terlibat dalam isu Timur Tengah.

Responden di negara-negara Timur Tengah sebanyak lebih tiga perempat mempunyai harapan yang tinggi, dengan lebih daripada separuh responden mempunyai pandangan yang memihak agar China menggesa gencatan senjata antara Israel dan Palestin.

Harapan agar hubungan China-AS yang lebih baik dan stabil

Keadaan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) jelas membimbangkan kedua-dua negara dan memberi kesan kepada dunia secara keseluruhan.

Tinjauan mendapati bahawa pada masa ini, pendapat antarabangsa secara amnya mengutamakan hubungan China-AS yang lebih baik dan stabil. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 70 peratus responden berharap hubungan China-AS akan ‘diredakan’ atau ‘mengekalkan status quo’ pada masa hadapan, dan hanya kira-kira satu daripada sepuluh responden berharap bahawa ia akan menuju ‘ke arah konflik’.

Di AS, 38 peratus responden berharap hubungan China-AS dapat ‘diredakan’, iaitu dua kali lebih banyak daripada mereka yang memilih ‘ke arah konflik’ (18 peratus). Tinjauan itu juga mendapati bahawa pada tahun lepas, tanggapan baik rakyat Amerika terhadap China telah bertambah baik.

(Grafik/Global Times)

(Grafik/Global Times)

Dari segi penyelesaian yang paling tepat untuk Laut China Selatan, lebih 60 peratus responden dari negara-negara ASEAN menyatakan sokongan kepada negara-negara berkenaan untuk terlibat dalam rundingan dan perundingan, mengetepikan perbezaan dan mencari pembangunan bersama, dengan 65 peratus responden dari Filipina membuat pilihan tersebut ini.

Bersahabat dengan China, jadi aspirasi bersama

China telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan 183 negara, dan menjadi rakan dagang utama dengan lebih daripada 150 negara dan wilayah.

Menurut tinjauan, lebih daripada 80 peratus responden asing percaya bahawa hubungan negara masing-masing dengan China adalah bersahabat, normal, dan kerjasama strategik, serta 10 peratus responden melihat China sebagai pesaing.

Statistik juga menunjukkan bahawa kebanyakan responden dari negara Afrika menggagap China sebagai ‘rakan kerjasama strategik’ atau ‘negara bersahabat’; sementara rakyat di negara membangun, ASEAN, Timur Tengah dan BRICS mempunyai peratusan tinggi untuk melihat China menjadi ‘rakan kerjasama strategik’, ‘negara bersahabat’ atau ‘negara yang mempunyai hubungan biasa’.

Data daripada tinjauan turut menyaksikan bahawa golongan muda lebih berminat dan lebih bersemangat terhadap China, serta lebih terbuka untuk menerima China. Sebagai contoh, responden berumur 40 tahun dan ke bawah lebih cenderung kepada pandangan bahawa ingin melihat China lebih terlibat dalam hal ehwal antarabangsa berbanding dengan kumpulan yang berumur 40 tahun ke atas.

Antara pilihan oleh individu yang mempunyai tanggapan positif terhadap China adalah mahu melawat China, mempelajari tentang konsep atau inisiatif utama China, dengan kadar berbanding kumpulan sebaliknya sebanyak 10 peratus lebih tinggi.

Video

Berita Berkaitan