China, Vietnam Komited Pacu Kerjasama Kuasa Produktif Kualiti Baharu

(CRI)Khamis 16 Januari 2025

Presiden China Xi Jinping menyeru agar China dan Vietnam meningkatkan kerjasama saling untung, mengukuhkan kesalinghubungan, mewujudkan platform bagi kerjasama kuasa produktif kualiti baharu serta membina rantaian perindustrian dan bekalan rentas sempadan yang stabil dan lancar.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata demikian semasa perbualan telefon dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV) To Lam pada Rabu.

Xi menyatakan China dan Vietnam perlu memanfaatkan sepenuhnya bimbingan politik pertukaran peringkat tertinggi dan terus mengekalkan pertukaran rapat.

Kedua-dua pihak disaran menjalankan pertukaran sosiobudaya untuk mengeratkan hubungan sesama rakyat, selain mengukuhkan kerjasama dalam bidang seperti media, pelancongan dan belia.

Sementara itu, To Lam berkata pembangunan hubungan dengan China sentiasa menjadi keutamaan dalam dasar luar Vietnam.

Vietnam akan terus mengukuhkan komunikasi strategik antara parti dan negara serta meningkatkan penyelarasan dasar dengan China, di samping bersama-sama menjayakan aktiviti sambutan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi dan To Lam turut mengumumkan pelancaran Tahun Pertukaran Sesama Rakyat China-Vietnam dan bertukar ucapan tahun baharu.

Video

Berita Berkaitan