- Lain-lain
Han Zheng Bertemu Tokoh Perniagaan AS
Selaku wakil khas Presiden China Xi Jinping, Naib Presiden Han Zheng mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan dan pemain industri Amerika Syarikat (AS) dari Majlis Perdagangan AS-China dan Dewan Perniagaan AS di Washington pada Ahad.
Han berkata Presiden Xi dan Presiden terpilih AS Donald Trump mencapai konsensus penting mengenai pembangunan hubungan bilateral menerusi panggilan telefon pada Jumaat lalu.
China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang luas dan ruang kerjasama yang besar. Permulaan yang baik dan perkembangan yang stabil dalam hubungan bilateral selaras dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta aspirasi masyarakat antarabangsa.
China komited terus menggalakkan pembaharuan dan keterbukaan serta mengoptimumkan persekitaran perniagaan.
Justeru syarikat AS diharap terus melabur di China dan memainkan peranan aktif sebagai penghubung kepada perkembangan ikatan dua hala yang stabil, sihat dan mampan.
Pemain industri dan perniagaan AS optimis terhadap prospek ekonomi China serta peluang pembangunan di negara Tembok Besar.
Mereka menyokong kedua-dua pihak meningkatkan dialog dan komunikasi sekali gus mendorong hubungan dua hala dan kerjasama perdagangan terus berkembang.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Xi, Trump Berbincang menerusi Panggilan Telefon
- China, AS Anjur Mesyuarat ke-7 Kumpulan Kerja Ekonomi di Johannesburg
- Perjanjian China-AS mengenai Kerjasama Sains Teknologi Dilanjutkan
- China Sanggup Komunikasi dengan Jabatan Perdagangan Pentadbiran Baharu AS
- China Laksana Dasar Kawalan Dadah Paling Ketat di Dunia
- Mesyuarat Ke-6 Kumpulan Kewangan China-AS di Washington
- Kumpulan Kerja Ekonomi China, AS Anjur Mesyuarat ke-6
- Wang Yi Bertemu Blinken
- Mesyuarat Kerja Kementerian Pertahanan China, AS Ke-18 Diadakan
- China, AS Bincang Isu Iklim