Pucuk Pimpinan PKC Teliti Siri Laporan Kerja

(CRI)Selasa 21 Januari 2025

Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) pada Isnin mengadakan mesyuarat bagi meneliti beberapa siri laporan kerja.

Mesyuarat itu mengkaji laporan Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC selepas pucuk pimpinan PKC mendengar dan membahaskan laporan kerja dibentangkan kumpulan anggota Parti dari Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Dewan Negara, Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi, serta Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC Xi Jinping.

Antara yang dibahaskan pada sesi tersebut adalah pandangan mengenai usaha memperkasa perlindungan ekologi dan pembangunan berkualiti tinggi secara menyeluruh di lembangan Sungai Kuning.

Mesyuarat turut menekankan bahawa pada 2025, kumpulan anggota Parti dari lima institusi negara perlu menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh sambil bersama-sama memperkasa pembaharuan dan pembangunan berkualiti tinggi serta menyumbang kepada modenisasi ala China.

Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC diharap terus meningkatkan keupayaan politik, mengukuhkan tadbir urus kendiri dan menyempurnakan pelbagai tugas yang diamanahkan oleh Jawatankuasa Pusat PKC.

Pada masa sama, mesyuarat juga menegaskan perlunya menggalakkan pelaksanaan menyeluruh undang-undang perlindungan Sungai Kuning dan mendorong transformasi hijau model pembangunan.

Video

Berita Berkaitan