- Lain-lain
China, India Perlu Beri Tumpuan kepada Pembangunan dan Kerjasama – MFA
China dan India selaku dua negara membangun besar dan entiti ekonomi baru muncul, perlu memberi tumpuan kepada pemerkasaan pembangunan dan kerjasama.
Hal ini bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, tetapi juga memenuhi aspirasi bersama rakyat dan negara serantau. Ia juga sejajar dengan arus perkembangan Selatan Global serta kondusif bagi keamanan dan kemakmuran serantau dan dunia.
Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Selasa susulan kenyataan yang dibuat Menteri Hal Ehwal Luar India, S. Jaishankar pada 18 Januari bahawa hubungan India-China berkait rapat dengan prospek pembangunan dua negara dan orde antarabangsa.
Guo berkata China dan India perlu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh konsensus penting yang dicapai pemimpin dua negara semasa pertemuan di Kazan, antaranya termasuk China dan India menawarkan peluang pembangunan kepada satu sama lain, bukan ancaman serta merupakan rakan kongsi, bukan pesaing.
Kedua-dua pihak perlu melihat dan mengendalikan hubungan bilateral dari perspektif strategik dan jangka panjang, membawa hubungan kembali ke landasan pembangunan yang sihat dan stabil, serta mencari jalan yang betul untuk kuasa besar berjiran hidup secara harmoni dan maju bersama.
Dalam hal ehwal antarabangsa, dua negara perlu berpegang kepada Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai, mengamalkan multilateralisme jitu, menggalakkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua, sekali gus menyumbang kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran dunia.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Enam Konsensus Tercapai Mesyuarat ke-23 Wakil Khas Isu Sempadan China-India
- Mesyuarat ke-23 Wakil Khas Isu Sempadan China-India Bakal Berlangsung di Beijing, Esok
- Xi Bertemu PM India
- China, India Adakan Rundingan dan Penyelarasan tentang Urusan Sempadan
- China dan India Sedia 'Putar Halaman' Bagi Situasi di Kawasan Sempadan
- Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden India
- China, India Adakan Rundingan Peringkat Komander Tentera Pusingan ke-20
- Pendirian China tentang Isu Sempadan dengan India Adalah Konsisten dan Jelas: Kementerian Luar
- China, India Berusaha Selesaikan Isu Sempadan
- Pertemuan Menteri Luar China-India