Xi, Putin Bertemu Melalui Persidangan Video, Komited Angkat Kesaksamaan dan Keadilan Antarabangsa (3)

(CRI)Rabu 22 Januari 2025
Xi, Putin Bertemu Melalui Persidangan Video, Komited Angkat Kesaksamaan dan Keadilan Antarabangsa

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin menerusi persidangan video pada Selasa.

Xi menyatakan bahawa beliau bersedia berkolaborasi dengan Putin untuk membimbing hubungan dua hala ke tahap baharu pada tahun baharu ini.

Xi menyatakan bahawa beliau bersedia bersama-sama Putin, menangani ketidaktentuan persekitaran luaran dengan kestabilan dan daya tahan hubungan China-Rusia, mempromosikan pembangunan dan penjanaan semula kedua-dua negara, serta memelihara kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia, dan juga ulang tahun ke-80 penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"China dan Rusia harus mengambil peluang ini untuk bersama-sama mempertahankan sistem antarabangsa yang berteraskan PBB dan pencapaian kemenangan Perang Dunia Kedua, mendorong semua negara mematuhi misi dan prinsip Piagam PBB, mematuhi norma asas hubungan antarabangsa yang diiktiraf umum, selain mengamalkan multilateralisme yang sebenar," kata Xi.

Putin pula menyatakan bahawa Rusia dan China saling mempercayai dan menyokong serta sama rata, sementara kerjasama dua hala sesuai dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara dan tidak diganggu oleh perubahan situasi antarabangsa.

Putin menekankan bahawa Rusia dengan tegas mempertahankan prinsip Taiwan ialah wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China dan menentang "kemerdekaan Taiwan" dalam apa jua bentuk.

"Rusia bersedia untuk mengukuhkan kerjasama dengan China dalam hal ehwal pelbagai hala dan memainkan peranan positif demi keamanan dan pembangunan dunia," kata Putin.

Kedua-dua presiden juga bertukar-tukar ucapan selamat tahun baharu.

Video

Berita Berkaitan