- Lain-lain
China Terus Perluas Lingkaran Rakan Dalam Perdagangan Asing
Pada 2024, sebanyak 88.38 juta pengesahan kastam telah diproseskan di China, menandakan kenaikan yang stabil dalam volum keseluruhan, pertumbuhan meningkat, dan kualiti perdagangan asing China.
Menurut data Pentadbiran Am Kastam, jumlah keseluruhan import dan eksport China telah mencecah RMB43.85 trilion pada tahun lalu, iaitu kenaikan sebanyak lima peratus berbanding tahun terdahulu, serta memperbaharui rekod paling tinggi.
Gambar memaparkan kenderaan buatan China untuk dieksport di terminal automobil Taicang di Provinsi Jiangsu, timur China pada 8 Januari 2025. (People’s Daily Online/Wang Xuzhong)
Pertumbuhan perdagangan asing China pada 2024 mencecah RMB2.1 trilion, yang mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi kedua terbesar dunia itu ditangga teratas secara global dalam perdagangan barangan.
Pada masa sama, struktur produk import dan eksport juga telah terus dioptimumkan dan dinaik taraf, dengan produk berteknologi tinggi melaporkan angka pertumbuhan yang baik dan ledakan dalam jenis perdagangan baharu.
Meskipun menghadapi cabaran dan ketidaktentuan yang semakin meningkat, perdagangan luar China terus menunjukkan daya tahan, menunjukkan daya hidup dan potensi ekonomi China.
Secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa keterbukaan dan kerjasama kekal sebagai pilihan strategik untuk pembangunan ekonomi global tatkala menghadapi peningkatan fahaman perlindungan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini memberi amaran bahawa kenaikan tarif boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi global.
Susulan fahaman perlindungan semakin meningkat, banyak negara sedang meneroka cara untuk mengurangkan kesan halangan perdagangan yang turut sama meningkat ke atas ekonomi mereka.
Sambil mengikuti pendekatan pembangunan yang dipacu inovasi dan meningkatkan penggunaan secara bersungguh-sungguh, China telah secara berterusan memajukan pembukaan peringkat tinggi dan meningkatkan kapasitinya untuk kerjasama terbuka dan menang-menang di tengah-tengah cabaran menentang globalisasi, dengan ‘lingkaran rakan’ dalam perdagangan luar negara yang sentiasa berkembang.
Statistik turut menunjukkan bahawa China mempunyai rekod import dan eksport dengan hampir semua negara dan wilayah ditetapkan dalam Bahagian Perangkaan PBB. Perdagangan China dengan lebih 160 rakan dagangan di seluruh dunia mencapai pertumbuhan, dan negara itu telah menjadi rakan perdagangan utama untuk lebih daripada 150 negara dan wilayah.
Perdagangan luar China dengan pasaran tradisional, termasuk Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, berkembang pada tahun 2024.
Malah, buat julung-julung kalinya negara rakan Jalur dan Laluan telah menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada jumlah nilai perdagangan asing China. Pada masa sama, sebahagian besar perdagangan asing China tahun lepas datang daripada pasaran baru muncul seperti ASEAN.
Perkakasan rumah pintar dihasilkan di bengkel sebuah syarikat elektronik di Ma'anshan, Provinsi Anhui di timur China, sedia untuk dieksport, pada 20 Disember 2024. (People's Daily Online/Wang Wensheng)
Pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) baru-baru ini melabuhkan tirainya di bandar Las Vegas, Amerika Syarikat. Wartawan tempatan, Patrick George yang mencuba kenderaan elektrik (EV) China selama tiga kali menyatakan bahawa dia tertarik dan menyifatkannya sebagai ‘kualiti pembuatan yang sempurna’.
Populariti produk China di CES menunjukkan bahawa versi "Buatan China" yang dinaik taraf adalah pemacu utama untuk pembangunan perdagangan luar negara China yang berkualiti tinggi. Berdasarkan sistem perindustrian yang lengkap, China terus meningkatkan inovasi saintifik dan teknologi untuk membangunkan tenaga produktif berkualiti baharu.
Pembuatan China yang dinaik taraf menyediakan rakan dagangan China dengan lebih banyak produk mewah, hijau dan pintar.
Sebagai contoh, mesin basuh yang dikuasakan AI oleh syarikat China boleh mengenal pasti berat dan bahan pakaian yang hendak dicuci secara automatik dan memilih mod basuh yang optimum. Manakala, mesin memasak pintar China dilengkapi dengan pelbagai jenis menu dan boleh menyediakan hidangan lazat hanya dalam masa lagu. Memandangkan China terus meningkatkan kapasiti inovasinya, produk China semakin mendapat populariti dan pengiktirafan di seluruh dunia.
Pasaran China yang luas merupakan satu lagi faktor penting di sebalik pembangunan berkualiti tinggi dan meluaskan "kalangan rakan" dalam perdagangan luar China.
China telah terus mengembangkan pembukaan sukarela dan unilateral serta pembukaan institusi, meluaskan potensi pasaran China yang besar. Usaha ini telah menyumbang kepada pembangunan berkualiti tinggi perdagangan luar negara, sekali gus memberikan lebih banyak peluang pasaran kepada dunia.
Seorang lelaki membeli-belah di kedai yang menjual komoditi import di Zon Berikat Komprehensif Jinyi di Jinhua, Provinsi Zhejiang, timur China, 11 Januari 2025. (People's Daily Online/Shi Kuanbing)
Melalui pengangkutan rantaian sejuk Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, babat dari New Zealand, ikan sirip hijau dari Vietnam, dan produk lain telah dapat di bawa ke China dan boleh didapati pada menu hotpot Cina. Buah-buahan seperti durian Thailand dan pisang Laos turut memasuki pasaran China melalui Kereta Api China-Laos, memperkayakan pilihan penggunaan rakyat China.
Pada 1 Disember 2024, China mengenakan dasar tarif sifar kepada 100 peratus talian tarif dari semua negara paling kurang membangun yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China, yang membawa kepada pertumbuhan 18.1 peratus dalam import dari negara berkaitan pada bulan itu, 5.8 mata peratusan lebih tinggi daripada sebelas bulan pertama pada tahun 2024.
Prestasi tersebut secara tidak langsung menunjukkan lagi potensi besar pasaran China yang luas, yang pasti akan menyediakan peluang yang besar untuk lebih banyak negara di dunia.
Jelas bahawa ekonomi China mempunyai asas yang stabil, pelbagai kelebihan, daya tahan yang kukuh dan potensi yang besar. Trend mendominasi ekonomi China yang kukuh untuk jangka panjang dan unsur-unsur yang menyokongnya tidak berubah. Ini memberikan China lebih keyakinan dalam berkongsi peluang dan meneruskan pembangunan bersama dengan seluruh dunia.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Dagangan Luar China Naik 5.2 Peratus 10 Bulan Pertama 2024
- China Perkukuh Dasar Bantuan untuk Pembangunan Perdagangan Luar
- Model Perniagaan inovatif: Momentum Baharu Pertumbuhan Perdagangan Asing
- Inovasi Produk: Transformasi Pintar dan Digital Perkukuh Asas Perdagangan Asing
- Keuntungan Syarikat Industri Besar China Cecah RMB5 Trilion Dari Jan Hingga Sept 2024
- China Akan Laksana Langkah Untuk Pertumbuhan Perdagangan Asing
- Perdagangan Luar China Lonjak Terus, Cecah RMB21 Trilion
- Perdagangan Luar Shanghai Catat Rekod Tertinggi Baharu
- Perdagangan Luar China Tunjuk Prestasi Memuaskan Dua Bulan Pertama 2024
- China Jadi Rakan Dagang Terbesar Sepanyol