TBC 2025: Kisah Perjalanan Penyatuan Semula Sepasangan Pemandu Trak

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 26 Januari 2025
TBC 2025: Kisah Perjalanan Penyatuan Semula Sepasangan Pemandu Trak
Kong Lingjian (kanan) dan isterinya Wang Yanqing sedang makan malam di dalam trak pada 16 Januari 2025 (Xinhua/Chen Yehua).

(Rencana yang diambil daripada agensi berita Xinhua ini diterjemah dan disunting semula oleh People’s Daily Online)

Kong Lingjian (kanan) dan isterinya Wang Yanqing sedang makan malam di dalam trak pada 16 Januari 2025 (Xinhua/Chen Yehua).

Pada hari biasa, sepasangan suami isteri yang merupakan pemandu trak iaitu Kong Lingjian dan Wang Yanqing, akan membawa barangan antara Hangzhou di Provinsi Zhejiang di timur China dan juga kawasan sekitar Wuhan di Provinsi Hubei, tengah China.

Bagi menjimatkan perbelanjaan harian, kedua-duanya tinggal di dalam trak mereka, yang turut dianggap sebagai rumah kedua untuk hampir sepanjang tahun.

Menjelang ketibaan Tahun Baru Cina (TBC) 2025, timbul rasa rindu bagi Kong dan isterinya untuk pulang ke rumah. Pada 17 Januari, Kong akhirnya mendapat tugasan menghantar barang yang jalannya turut menuju ke arah kampung halamannya iaitu di Zhongying, bandar Cangzhou di Provinsi Hebei.

Mengikut undang-undang, pemandu trak perlu berehat sekurang-kurangnya selama 20 minit selepas memandu selama empat jam berturut-turut. Ketika memandu, Kong akan didampingi isterinya sebagai pembantu dan juga teman.

Pemanduan dari Hangzhou ke kampung Zhongying adalah sejauh 1,200 kilometer, dan mereka akhirnya tiba pada tengah hari 20 Januari setelah menempuhi perjalanan yang jauh, seterusnya mengadakan upacara makan secara bersama yang sederhana pada hari keesokan harinya.

Difahamkan, China direkodkan mempunyai seramai 38 juta pemandu trak setakat Disember 2024. Kesemua pemandu trak bekerja tanpa mengenal lelah di barisan hadapan perkhidmatan pengangkutan, yang bukan sahaja untuk mencari rezeki, tetapi juga untuk menjamin mata pendapatan bagi banyak keluarga.

Kong Lingjian dan isterinya Wang Yanqing sedang tidur di dalam trak pada 12 Januari 2025. (Xinhua/Chen Yehua)
Kong Lingjian menikmati ladu di tepi jalan sementara menunggu untuk bekerja pada 16 Januari 2025. (Xinhua/Cai Yang)
Kong Lingjian (kanan) dan isterinya berlepas dari tapak pembinaan selepas selasai memasukkan barang ke dalam trak 16 Januari 2025. (Xinhua/Chen Yehua)
Kong Lingjian memandu menuju ke kampung halamannya dari Hangzhou pada 19 Januari 2025. (Xinhua/Chen Yehua)
Foto sudut udara ini menunjukkan Kong Lingjian dan isterinya Wang Yanqing sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada 13 Januari 2025.(Xinhua/Cai Yang)
Kong Lingjian (kanan) dan isterinya Wang Yanqing mengambil gambar bersama-sama anaknya pada 20 Januari 2025. (Xinhua/Chen Yehua)
Wang Yanqing (kiri) memeluk erat anaknya yang ternanti-nanti akan ketibaan ibunya 16 Januari 2025. (Xinhua/Chen Yehua)
Kong Lingjian (tengah) bersama-sama dengan isteri, anak dan ibu bapa sedang menikmati sesi makan bersama pada 21 Januari 2025. (Xinhua/Chen Yehua)

Video