- Lain-lain
AS Digesa Siasat Punca Nahas Udara di Washington DC
(CRI)Sabtu 01 Februari 2025
Dua warga China disahkan maut dalam insiden kapal terbang awam bertembung dengan helikopter Black Hawk tentera Amerika Syarikat (AS) yang berlaku di Reagan National Airport Washington D.C. pada Rabu.
Jurucakap Kementerian Luar China menyatakan bahawa pihak China mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada waris dan keluarga mangsa korban dalam nahas udara itu.
Di samping itu, China menggesa pihak AS supaya memaklumkan perkembangan terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari semasa ke semasa, mengenal pasti punca nahas dengan secepat mungkin, selain mengendalikan urusan berkaitan nahas dengan baik.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang