- Lain-lain
"Haikui No.1", Fasiliti FPSO Pertama di Asia
(CRI)Isnin 03 Februari 2025
China berjaya menghasilkan fasiliti terapung mengeluar, menyimpan dan memunggah (FPSO) minyak berbentuk silinder yang pertama di Asia, iaitu "Haikui No.1" dan kini beroperasi dengan baik.
Fasiliti yang menggabungkan fungsi mengeluar, memproses, menyimpan, output dan membekalkan tenaga itu digelar sebagai "kilang petroleum di laut".
Dilengkapi hampir 600,000 komponen, "Haikui No.1" mempunyai dek seluas bersamaan 13 padang bola keranjang, dengan tingginya hampir bangunan 30 tingkat, dan beratnya 37,000 tan.
Fasiliti gergasi itu boleh membawa minyak sehingga 60,000 tan, dan mampu beroperasi di laut selama 15 tahun tanpa perlu berlabuh di tanah besar.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang