- Lain-lain
Kebanyakan Rakyat AS Menentang Penambahan Tarif
(CRI)Selasa 04 Februari 2025
Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat (AS) menentang kenaikan kadar tarif ke atas Mexico dan Kanada, menurut keputusan tinjauan pendapat umum baru-baru ini.
Tinjauan oleh Reuters dan Ipsos yang dijalankan selepas Trump mengangkat sumpah jawatan presiden mendapati bahawa majoriti orang dewasa AS enggan melihat AS mengenakan tarif tambahan ke atas import dari Kanada atau Mexico.
Dalam pada itu, menurut tinjauan pendapat umum oleh Universiti Quinnipiac AS, hampir separuh responden percaya bahawa tarif AS ke atas barangan dari negara lain tidak akan membantu, sebaliknya akan menjejaskan ekonomi AS.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang