AS Tarik Diri dari UNHRC, Henti Salur Dana kepada UNRWA

(CRI)Rabu 05 Februari 2025

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani perintah eksekutif pada Selasa, untuk mengundurkan negara itu dari Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), serta berhenti menyalurkan dana kepada Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Untuk rekod, Wakil Tetap AS ke PBB Nikki Haley memaklumkan pengunduran Washington dari UNHRC pada tahun 2018 dengan alasan pertubuhan tersebut gagal untuk memelihara hak asasi manusia selain sentiasa bermusuhan dan syak wasangka terhadap Israel.

Video

Berita Berkaitan