- Lain-lain
Peluang Dekati Panda Liar Dorong Ledakan Ekopelancongan di Sichuan
Seekor anak panda sedang dikendong oleh penjaganya semasa acara sambutan Festival Musim Luruh di Tapak Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu pada 2025. (Foto ihsan Tapak Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu)
Sejak 2024, ekopelancongan yang memfokuskan panda semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong di Provinsi Sichuan, barat daya China, dengan Tapak Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu menjadi destinasi popular.
saban hari, tapak penyelidikan di ibu kota Provinsi Sichuan itu dibanjiri oleh pelawat yang berminat untuk mempelajari tentang tingkah laku panda.
Penyelidik di Makmal Utama Biologi Pemuliharaan untuk Hidupan Liar Terancam Sichuan, Wang Donghui berkata bahawa pelawat akan ditunjukkan tentang cara interaksi, kelakuan dan pembiakan panda.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, pelawat semakin teruja apabila berpeluang untuk mengambil gambar panda liar, di samping dengan penemuan spesies tumbuhan baharu di kawasan Wolong Taman Negara Panda Gergasi.
Seekor anak panda membuat penampilan sulungnya semasa acara sambutan Festival Musim Luruh di Tapak Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu pada 2025. (Foto ihsan Tapak Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu)
Dengan terdapatnya sistem pemantauan baharu, ia membolehkan pelawat untuk menjejaki panda liar pada skrin besar paparan masa nyata. Teknologi ini menggabungkan rangkaian tempatan, penghantaran gelombang ultra-pendek dan teknologi pengecaman muka panda gergasi termaju untuk menstrim imej langsung dari alam liar.
Semasa Festival Musim Bunga, pelawat mengambil bahagian dalam rondaan malam untuk mempelajari penyelidikan saintifik di Taman Negara Panda Gergasi. Di kawasan Sungai Laba, mereka bersama-sama dengan kakitangan taman telah pergi meronda pada waktu malam untuk mengenal pasti spesies tumbuhan, serta menyelenggara kamera hidupan liar di lapangan.
"Dengan melindungi panda-panda tersebut, kami juga dapat melindungi habitat dan kesejahteraan spesies lain di kawasan itu," kata Luo Chunping, seorang peronda ketika memberikan penerangan tentang kepentingan hutan rimbun iaitu habitat panda gergasi yang turut menyokong pelbagai jenis hidupan liar.
Foto memperlihatkan kawasan Wanglang di Taman Negara Panda Gergasi di Provinsi Sichuan. (People’s Daily/Long Yuwei)
Kata Luo, ketika ini terdapat 72 spesies mamalia bersaiz besar dan sederhana, serta lebih daripada 280 spesies burung, dengan sebahagian besar daripadanya berada di bawah penjagaan negara.
Dengan terdapatnya usaha pemuliharaan, Taman Negara Panda Gergasi itu kini dilimpahi dengan kepelbagaian hidupan liar. Menurut pemerhatian baru-baru ini, zon pemulihan ekologi di taman itu telah merekodkan kelibat sebanyak 30 panda. Habitat panda yang telah ditambah baik itu telah memberi manfaat buat lebih daripada 10,000 spesies lain, termasuk monyet hidung mancung emas Sichuan, harimau bintang salji dan yew Cina.
Difahamkan, tapak tersebut kini sedang mengembangkan program pendidikannya dalam usaha memberi ilmu kepada pengunjung, serta mempromosi ekopelancongan.
"Kami telah membentuk pakatan pendidikan alam semula jadi. Daerah Pingwu dan daerah Wenchuan di Provinsi Sichuan telah melancarkan dua sekolah pendidikan alam semula jadi dan 14 sekolah cawangan, serta menyediakan latihan untuk lebih 1,000 individu profesional dalam pendidikan alam semula jadi secara sepenuh masa dan separuh masa," kata Zhang Liming, wakil Biro Perhutanan dan Padang Rumput Sichuan.
Seekor anak panda yang dilahirkan pada 2024 muncul semasa perayaan Festival Musim Luruh di Tapak Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu pada 2025. (Foto ihsan Tapak Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu)
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Suasana Meriah Karnival Tanglung di Zigong, Sichuan
- Dekati Budaya Gunung Emei
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- China Tetapkan Garis Panduan Terus Rancakkan Pembangunan Kawasan Barat
- Hampir 1,000 Pengembala Sertai Acara Lumba Kuda di Sichuan
- Saksikan Kegemilangan Budaya 4,000 Tahun di Sanxingdui
- Ekspo Hortikultur Antarabangsa Chengdu 2024 Bakal Buka Tirai
- Gambar: Terokai Gaya Hidup Santai Penduduk Chengdu
- Tapak Warisan Dunia UNESCO Jiuzhaigou Pulih Selepas Gempa Bumi
- Kampung di Sichuan Saksi Bunga Magnolia Bermekaran