Kenyataan Setiausaha Negara AS Terhadap China, Penuh Provokasi dan Prejudis

(CRI)Sabtu 08 Februari 2025

Kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak benar, penuh fahaman perang dingin dan prejudis ideologi. Bahkan telah menuduh China tanpa asas yang jelas selain memprovokasi hubungan China dengan negara-negara Amerika Latin yang berkaitan.

Demikian jawapan jurucakap Kementerian Luar Negeri ketika ditanya wartawan mengenai kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Antonio Rubio berkaitan China, ketika lawatannya di beberapa negara Amerika Latin.

Ujarnya lagi, kenyataan Robio tersebut jelas mencampuri urusan dalam China serta menjejaskan hak dan kepentingan sah China.

Justeru pihak China telah mengemukakan nota bantahan tegas kepada pihak AS.

Video

Berita Berkaitan