China, Thailand Komited Banteras Jenayah Rentas Sempadan

(CRI)Sabtu 08 Februari 2025

China dan Thailand komited serta tidak akan bertoleransi dalam usaha untuk membanteras jenayah rentas sempadan di bawah mekanisme kerjasama dua hala dan kerjasama Lancang-Mekong.

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan pada pagi tadi, kedua-dua negara bersetuju untuk mengukuhkan perkongsian strategik yang komprehensif pada masa depan dan berpaksikan kepada rakyat bagi menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Thailand yang lebih stabil, makmur dan mampan.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak akan berusaha untuk membanteras pemerdagangan manusia, penipuan telekomunikasi, penyeludupan dadah, perjudian dalam talian dan penggubahan wang haram selain membuat rondaan bersama dan operasi penguatkuasaan undang-undang di Sungai Mekong.

Selain itu kedua-dua pihak juga akan mengadakan perbincangan lanjut berkaitan penubuhan mekanisme penyelarasan dan kerjasama bagi membanteras penipuan telekomunikasi dan kegiatan judi dalam talian secara berkesan.

Video

Berita Berkaitan