- Lain-lain
Tiga Dekad Liu Juncai Dalam Teknik Pembuatan Tanglung di Zigong
Liu Juncai, 59, merupakan salah seorang anggota kumpulan wakil warisan budaya tidak ketara peringat provinsi dari Zigong, Provinsi Sichuan di barat daya China.
Beliau yang telah berkecimpung dalam industri tanglung selama tiga dekad itu berjaya mempengaruhi lebih daripada 30 anggota keluarganya untuk menyertai industri tersebut, sekali gus menyumbang kepada pembangunan seni tanglung Zigong.
Foto Liu Juncai sedang membuat tanglung. (Foto oleh thecover.cn)
Difahamkan, Liu dan 20 anggota pasukannya telah meluangkan lebih daripada 40 hari untuk menghasilkan pertunjukan tanglung yang menakjubkan sempena Pameran Tanglung Antarabangsa ke-31 yang sedang berlangsung sehingga 5 Mei nanti.
Antara tarikan pertunjukan tersebut adalah panda berketinggian 8 meter dengan memakai topi bunga, yang telah menawan hati ramai pengunjung.
Menurut Liu, bahagian paling sukar adalah ketika memotong apabila 20 tukang kraf perlu memotong benang senipis 0.2 milimeter untuk menghasilkan tenunan bulu panda, selain turut menjelaskan bahawa waima dengan hanya satu kesilapan, keseluruhan panda akan rosak.
Foto menunjukkan Liu Juncai berada di hadapan tanglung yang dipamerkan semasa Pameran Tanglung Antarabangsa ke-31 di Zigong, Provinsi Sichuan. (Foto oleh thecover.cn)
Anak kepada Liu yang kini sedang meneruskan pengajian seni dengan pengkhususan reka bentuk tanglung juga terlibat secara aktif dalam kraf tersebut. Cucunya yang berusia 7 tahun juga mempunyai mendalam terhadap lukisan dan budaya Cina tradisional.
Untuk rekod, Liu telah menamatkan pengajiannya di Universiti Seni dan Reka Bentuk Shandong pada 1980-an, sebelum kemudiannya menyertai Syarikat Kraf dan Seni Zigong. Ketika sedang menuntut di universiti, beliau telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai teknik barangan lakuer, ukiran cangkerang, dan lukisan bulu pada masa lapangnya.
Pada tahun ini, beliau telah diundang oleh Muzium Tanglung China untuk menyampaikan siri syarahan berkaitan seni tanglung, dengan visi untuk mempertingkat kesedaran pelajar tentang peri penting dalam mempelihara warisan budaya tidak ketara dan mempupuk tanglung dalam industri tanglung.
Foto menunjukkan Liu Juncai menikmati jamuan makan malam pada ambang Tahun Baru Cina bersama-sama dengan keluarganya. (Foto oleh thecover.cn)
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat