- Lain-lain
Arahan Xi tentang Pembangunan Kawasan Bahagian Timur Laut China
|  | 
Gerak kerja strategik di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) untuk menggalakkan pembangunan kawasan bahagian timur laut China pada era baharu harus dipergiatkan secara holistik di provinsi Jilin yang dipercayai boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan modenisasi ala China.
Presiden China, Xi Jiping membuat arahan itu setelah mendengar laporan kerja yang dibuat Jawatankuasa PKC provinsi Jilin dan kerajaan tempatan baru-baru ini.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menekankan bahawa hendaklah menonjolkan misi kawasan bahagian timur laut di landskap kebangsaan yang penting dalam usaha menjaga keselamatan tentang 5 aspek, iaitu pertahanan negara, makanan, ekologi, sumber tenaga dan perindustrian, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan berkualiti tinggi.
Selain itu, Xi juga menekankan peri pentingnya untuk mengamalkan konsep pembangunan baharu secara tepat dan komprehensif, giat menambah elemen baharu dalam pembentukan Paradigma Pembangunan Baharu, terus memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan dan keterbukaan secara menyeluruh, bertindak pantas merebut peluang dan bersikap berani menjana inovasi.
|  | 
 Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
 Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
 Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
 Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
 Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
 
				 
			