China Bersedia Tingkatkan Kerjasama dengan Pelbagai Pihak dalam Bidang AI

(CRI)Selasa 11 Februari 2025

China bersedia untuk meningkatkan kerjasama dan interaksi dengan pelbagai pihak dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), mendorong perkongsian melalui perbincangan bersama, merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif, saling menguntungkan dan sama menang di samping bersama-sama meneroka secara mendalam dalam bidang AI.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar di sini semalam.

Kini, DeepSeek, syarikat AI China, telah mengeluarkan model besar terbuka yang berprestasi cemerlang dan percuma untuk kegunaan komersial. Kos latihannya pula lebih rendah berbanding produk serupa yang lain.

Menurut Guo, China telah memberi sumbangan signifikan bagi pembangunan AI dalam senario global melalui tindakan yang pantas menyahut cabaran dari revolusi AI, mempergiat pembangunan inovasi, mengambil berat terhadap keselamatan AI, serta menyokong dan menggalakkan syarikat domestik melakukan inovasi.

"Untuk bidang AI, China juga giat mengamalkan nilai universal dalam pembangunan yang bersifat inklusif, membantu negara-negara membangun untuk meningkatkan pembinaan keupayaan, mencadangkan teknologi AI sumber terbuka, mempromosikan aksesibiliti perkhidmatan AI dan memperjuangkan matlamat untuk berkongsi manfaat dengan pelbagai negara dalam bidang AI," kata Guo.

"China menentang modus operandi yang melakukan identifikasi antara negara berdasarkan perbezaan ideologi atau mendefinasikan konsep 'keselamatan negara' secara melampau, dan membidas tindakan yang mempolitikkan isu ekonomi, perdaganga serta teknologi," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan