Pegawai Kanan China, ASEAN Berhimpun di Ningbo Sempena Sesi Rundingan China-ASEAN

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 12 Februari 2025

China berharap bahawa sesi Rundingan Pegawai-pegawai Kanan China-ASEAN ke-31 yang membuka tirainya di Ningbo, Provinsi Zhejiang hari ini akan memajukan lagi perkongsian strategik komprehensif kedua-dua pihak, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.

Guo Jiakun, jurucakap Kementerian Luar China berkata bahawa Naib Menterinya iaitu Sun Weidong akan mengetuai delegasi ke rundingan selama tiga hari itu, dan akan dipengerusi secara bersama dengan Dato’ Sri Amran Mohamed Zin selaku ketua Pegawai-pegawai Kanan ASEAN Malaysia, yang juga negara penyelaras untuk Hubungan Dialog China-ASEAN serta pengerusi bergilir ASEAN 2025.

Menurut Guo, sesi tersebut adalah mekanisme tahunan yang penting dalam dialog dan kerjasama antara jabatan hal ehwal luar bagi China dan negara-negara ASEAN.

"Kami berharap rundingan ini akan menjadi peluang yang baik bagi kedua-dua pihak untuk melaksanakan persefahaman penting bersama yang dicapai pada mesyuarat pemimpin China-ASEAN, mengadakan perbincangan mendalam mengenai kerjasama Asia Timur dalam suasana baharu, dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama untuk memajukan perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN," katanya.

Video

Berita Berkaitan