Filipina Digesa Jangan Ulang Kesilapan Sama

(CRI)Khamis 13 Februari 2025

China menggesa Filipina supaya tidak mengulangi kesilapan sama berhubung tindakan negara itu untuk mendapatkan sistem peluru berpandu jarak sederhana Typhon dari Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun menyelar rancangan Filipina membeli sistem Typhon dari AS serta mengaitkannya dengan isu Laut China Selatan sebagai tidak masuk akal dan sangat berbahaya.

Menurut Guo, kerjasama Filipina dan AS untuk menempatkan sistem Typhon tidak akan membawa kebaikan kepada sesiapa pun, sebaliknya mengundang konfrontasi geopolitik dan risiko perlumbaan senjata ke rantau ini.

Video

Berita Berkaitan