Saintis China Temui Fosil Burung Tertua, Perbaharui Sejarah Evolusi Unggas

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 13 Februari 2025

Foto fosil burung tertua dunia, Baminornis Zhenghensis (Foto oleh CCTV)

Foto fosil burung tertua dunia, Baminornis Zhenghensis (Foto oleh CCTV)

Para saintis China telah menemui salah satu fosil burung Baminornis zhenghensis tertua di dunia di Provinsi Fujian, timur China, yang juga merupakan satu-satunya burung Jura yang disahkan setakat ini, lapor agensi berita Global Times, hari ini.

Menurut laporan penyelidikan yang dikeluarkan secara bersama oleh Institut Paleontologi Vertebrata dan Paleoantropologi dan Institut Kajian Geologi Fujian, struktur badan burung moden telah pun muncul pada zaman Jura Akhir, iaitu kira-kira 150 juta tahun lalu.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal akademik Nature itu turut menolak kemunculan ciri burung penting, yang diwakili oleh pygostyle, hampir 20 juta tahun.

Fosil yang ditemui pada November 2023, dikenal pasti sebagai burung selepas satu tahun pemulihan dan analisis oleh pasukan penyelidik.

Memetik laporan China Central Television (CCTV), meskipun tidak lengkap, fosil itu mengekalkan ciri-ciri utama, termasuk skapula dan korakoid yang berasingan, dan yang paling ketara adalah pigostril yang bercantum sepenuhnya, iaitu ciri struktur utama dalam burung moden.

CCTV turut melaporkan bahawa Archaeopteryx, iaitu burung tertua yang ditemui di Jerman berusia 150 juta tahun. Namun, kajian terkini telah mencabar klasifikasi tersebut, dan mencadangkan ia adalah lebih cenderung kepada dinosaur berbanding burung.

Video

Berita Berkaitan