- Lain-lain
Shehuo Changji: Budaya Rakyat Berdaya Tarikan Baharu
![]() |
Tarian Naga, Tarian Singa dan Tarian Yangko antara seni rakyat yang dipersembahkan. (Foto oleh Li Long/People’s Daily Online) |
Pesta Tanglung atau Cap Goh Mei jatuhnya pada hari ke-15 bulan pertama kalendar qamari, yang bersamaan 12 Februari. Sempena perayaan ini, bandar Changji di wilayah Xinjiang telah menganjurkan satu pertandingan persembahan shehuo, sejenis pesta budaya rakyat tradisional.
Acara tersebut menyaksikan penyertaan lebih 6,000 ahli shehuo dari komuniti dan pekan sekitar.
Guo Guoliang, setiausaha kumpulan kepimpinan Parti bagi Biro Budaya, Sukan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Bandar Changji menyatakan bahawa shehuo Changji telah menjadi aktiviti budaya rakyat yang popular dalam kalangan pelbagai etnik di bandar itu.
Katanya, selama lebih 40 tahun, penduduk tempatan yang berbilang kaum telah membuat persembahan shehuo secara spontan.
“Menerusi cara tradisional ini yang mengintegrasikan budaya berbeza, mereka menzahirkan rasa cinta mereka terhadap perpaduan nusa dan bangsa, berkongsi sambutan perayaan budaya, dan memupuk sebuah kampung halaman spiritual bersama.”
![]() |
Tarian Kazakh menggabungkan aksi orang bekerja dalam gerak-gerinya. (Foto oleh Liang Hongtao) |
![]() |
Bandar Changji menganjurkan pertandingan persembahan shehuo rakyat. (Foto oleh Li Long/People’s Daily Online) |
![]() |
Persembagan Tarian Singa Selatan gaya Meihuazhuang. (Foto oleh Li Long/People’s Daily Online) |
![]() |
Persembahan shehuo beramai-ramai. (Foto oleh Li Long/People’s Daily Online) |